11/11/2015

Beri Peluang Untuk Adenan Satem Selesaikan Janji-Janjinya!



 

Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem memberitahu, permintaannya kepada rakyat Sarawak supaya diberi peluang lima tahun lagi untuk mentadbir negeri ini bukanlah disebabkan beliau ‘gila’ pangkat.

Sebaliknya ujar beliau, hasratnya itu bertujuan membolehkan beliau melaksana dan menyelesaikan segala perancangan yang diatur sebaik sahaja memegang jawatan sebagai pemimpin nombor satu negeri sebelum ini.


Sememangnya perubahan yang mikro dilakukan oleh Ketua Menteri Sarawak yang baru ini. Keris sendiri akui 'kehebatan' Adenan Satem yang nampak serius dalam menjalankan tugas terutama daripada segi pembangunan negeri Sarawak.

Dan jauh di sudut hati, Keris percaya orang Sarawak masih bersama Barisan Nasional yang kini konsisten dalam melaksanakan janji-janji mereka. Inilah Ketua Menteri yang sangat ditakuti oleh DAP kerana beliau terlalu kuat bekerja.

Semoga BN terus kekal di Sarawak dan tidak dijajah 'syaitan' yang sudah terang-terangan meranapkan negeri Selangor dan Pulau Pinang.

K7L : PKR dan DAP adalah syaitan yang dikenali?..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk