Indonesia hari ini meminta Malaysia dan Singapura memahami usaha republik itu menangani isu jerebu yang semakin serius.
Ketua Staf Pejabat Presiden, Teten Masduki dipetik oleh portal-portal berita tempatan hari ini sebagai berkata, jerebu tidak dapat diselesaikan dengan cepat kerana kawasan kebakaran di ladang kelapa sawit dan tanah gambut itu sangat luas.
Teten berkata, pihaknya mengesahkan telah menerima nota bantahan daripada Malaysia dan Singapura mengenai isu jerebu di kedua-dua buah negara itu yang dikaitkan dengan aktiviti pembakaran hutan di Sumatera dan Kalimantan.
Katanya, kerajaan Indonesia tidak berdiam diri dan sedang mengambil pelbagai usaha untuk memastikan kebakaran seumpama itu tidak berulang.
Beliau juga berkata, Malaysia dan Singapura selama ini telah menikmati hasil hutan Indonesia bukan sekadar bahan baku produk industri malah keberadaan hutan Indonesia juga turut menyumbang oksigen kepada kedua-dua buah negara itu.
"Saya kira Singapura juga cukup menikmati selama ini bekalan oksigen dari Indonesia selama sembilan bulan dan kita tahu juga banyak industri kebun dieksport ke Singapura," katanya.
Singapura dilaporkan akan mengambil tindakan undang-undang yang boleh membawa kepada hukuman denda berat terhadap syarikat Indonesia yang bertanggungjawab membakar ladang dan hutan sehingga menyebabkan tahap kualiti udara tidak sihat di sekitar bandar raya negara itu.
Kerajaan Singapura dalam satu kenyataannya kelmarin berkata, lima buah syarikat Indonesia termasuk syarikat multinasional, Asia Pulp and Paper (APP) bakal menerima notis tindakan undang-undang.
Langkah itu berikutan kemelut diplomatik ekoran kegagalan Indonesia menghentikan jerebu berasap yang turut memberi kesan kepada Malaysia dan berterusan sejak bertahun-tahun.
Sementara itu, jerebu yang serius ditahap berbahaya masih melanda wilayah Pontianak di Kalimantan Barat dan semua sekolah di daerah Palangkaraya di wilayah itu terpaksa ditutup hari ini.
Menurut laman web Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Pontianak adalah antara 750 dan 800 sejak tengah hari tadi.
Selain itu, daerah Pekanbaru di Riau masih dalam keadaan darurat jerebu dan menurut laporan berita televisyen tempatan, jarak ketampakan di Pekanbaru sekarang hanya 100 meter dan bacaan IPU mencecah 858. - Awani
Dikhabarkan ada empat buah Gunung yang terlibat dalam kebakaran ini :
1. Gunung Merapi, Magelang
2. Gunung Sindoro, Jawa Tengah
3. Gunung Wilis, Jawa Timur
4. Gunung Arjuna, Jawa Timur
Di sini Keris sediakan sedikit info Jerebu :
Kesan yang bakal dialami jika terdedah terlalu lama/secara berterusan dengan jerebu.- Terasa gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk.
- Sukar bernafas atau sesak nafas.
- Mata terasa pedih dan berair.
- Hidung berair dan kerap bersin.
- Kulit badan terasa gatal
- Terasa sakit dada.
Tips menghadapi jerebu.
- Sentiasa basuh muka dengan bahagian kulit yang terdedah dengan jerebu dengan air bersih.
- Elakkan daripada melakukan aktiviti luar.
- Sentiasa gunakan mask (penutup hidung dan mulut) bagi mereka yang bekerja di luar atau perlu berada di kawasan terbuka.
- Gunakan penghawa dingin ketika menaiki kenderaan (4 roda).
- Minum banyak air (sekurang-kurangnya 8 gelas sehari)
- Sekiranya jerebu semakin teruk, mereka yang berisiko tinggi adalah di nasihat keluar daripada kawasan tersebut.
Indeks pencermaran udara.
Adalah suatu yang amat penting untuk anda ketahui IPU di kawasan anda. IPU diperolehi daripada pengukuran habuk halus dan beberapa jenis gas yang boleh menjejaskan kesihatan seperti karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan ozon. IPU digunakan sebagai panduan untuk mengukur atau mengetahui kualiti udara dan kesannya kepada kesihatan.
Sama-sama kita berdoa masalah jerebu ini selesai.
K7L : Kenapa salahkan Indonesia?.. salahkan orang yang bakar tu ok kot..
Saya Sangat BerTerima kasih Atas Bantuan Angka Ritual MBAH…Angka MBAH EROK PRANAL Tembus 100%…Saya udah kemana-mana mencari angka yang mantap selalu gak ada hasilnya…sampai- sampai hutang malah menumpuk…tanpa sengaja seorang teman lagi cari nomer jitu di internet…Kok ketemu NomoR MBAH EROK PRANAL..Saya coba beli Paket 4D ternyata Tembus…dan Bagai di sambar Petir..Ternyata Angka Ritual Ghoib MBAH EROK PRANAL…Yang SaYa Minta Tembus 4D…Baru kali ini saya mendapat angka ritual yang benar-benar Mantap…Bagi saudara yang ingin merubah Nasib seperti saya…Anda Bisa CALL/SMS Di Nomer MBAH EROK PRANAL 085 377 797 151.(((Buktikan Aja Sendiri Saudara-Saudari)))
ReplyDelete