23/12/2014
Ulama PAS Dah Mula Rasa Dihina DAP?
08:26
No comments
Pergeseran antara Pas dengan DAP kian panas apabila parti itu dalam reaksi segeranya terhadap kelancangan Lim Guan Eng bertegas, hudud merupakan nyawa kepada Pas yang tidak akan digadaikan walau atas apa alasan sekalipun.
Malah, Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din ketika membuat kenyataan tegas itu berkata, jika DAP mahupun Guan Eng tidak selesa dengan perjuangan Pas itu, Setiausaha Agung DAP tersebut boleh mencari ‘keselesaan’ lain dengan jalannya tersendiri.
Bahkan tanpa berselindung, beliau mengakui, siri ‘serangan’ oleh DAP terutamanya mempersoal dan mempertikai hukum hudud yang menjadi asas kepada perjuangan Pas telah ‘mengoyak’ syarat tahaluf siyasi (kerjasama politik) dalam pakatan pembangkang.
Justeru, tegas tokoh ulama yang disegani dalam Pas itu, jika DAP atau Guan Eng berterusan mempertikai hukum hudud, parti tersebutlah sebenarnya bertanggungjawab merosakkan ‘kertas’ tahaluf siyasi yang dipersetujui pakatan pembangkang sejak 2008.
“Pas tidak terbelenggu oleh komen lawan mahupun kawan. Hudud nyawa Pas dan ini perjuangan asas yang tidak pernah lekang. Jika Guan Eng merasakan tidak selesa, maka carilah jalannya sendiri untuk keselesaan kerana hudud tetap diteruskan (di Kelantan).
“Apa yang dibuat DAP telah mencacat dan mencarik-robek tahaluf, kalau terus-menerus demikian, maka DAP yang mengoyak kertas tahaluf kerana Pas tidak pernah mempertikai asas perjuangan DAP,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Semalam, Guan Eng dalam siri ‘serangan’ terbaharunya ke atas Pas menyifatkan, komitmen sekutu DAP itu untuk tetap melaksanakan hudud di Kelantan adalah penghinaan kepada pakatan, selain mendakwa langkah berkenaan bertentangan dengan konsensus pakatan.
Kenyataan tersebut dibuat Ketua Menteri Pulau Pinang berkenaan tidak sampai seminggu selepas beliau mendesak pakatan pembangkang memuktamadkan pendirian untuk menolak hudud ketika merasmikan Persidangan Kebangsaan DAP kononnya demi aspirasi pengundi.
Tidak menunggu lama, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob kemudian membalas dengan menegaskan kerajaan negeri akan mengadakan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Khas 29 Disember ini untuk meminda Rang Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 (Pindaan 2014).
Penegasan Ahmad itu disusuli pula kenyataan sinis oleh Timbalannya, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah yang mengalu-alukan DAP untuk keluar pakatan sekiranya tidak yakin dapat memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14, jika hukum hudud dilaksanakan di Kelantan.
Sementara itu, Haron mempersoal apa sebenarnya motif Guan Eng apabila Setiausaha Agung DAP tersebut berterusan mempertikai isu hudud, sedangkan antara semua parti sekutu dalam pakatan sudah ‘bersetuju untuk tidak bersetuju’ berkait soal asas perjuangan.
“Mengapa sebelum ditubuhkan pakatan dulu tidak disebut? Mengapa baru sekarang? Nasihat saya kepada Guan Eng usahlah membuang masa menegur Pas kerana kami tidak akan mempedulikan kata-kata seperti itu. Pas tidak akan meninggalkan perjuangan ini,” katanya.- Utusan
K7L : Pengikut PAS terus tunduk?..
Nak Pesan Awal-Awal
Keris 7 Lok kata :korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...
Arkib Keris 7 Lok
-
▼
2014
(479)
-
▼
December
(53)
- PM Dah Sampai Kota Bharu Bawak Set Golf?
- @Kabir_Akram Persoal Malam Cinta Rasul - Membazir ...
- Jumlah Mangsa Bertambah - Bantuan Menyelamat Ditin...
- Kini Adik-Adik UMK Berada Di Bachok - Mereka Selamat!
- Harga Minyak Lebih Penting Dari Cintai Rasul Ajara...
- Info Banjir - Hubungi Pusat Kawalan Operasi Daerah...
- Rakyat Kuala Langat Setuju Jadi Bandar Babi Moden?
- Temasya Selangor - Bergembira Bersama MB Selangor ...
- Tolak Hudud Tapi Mahu Maqasid Syariah - Azmin Belu...
- Pesanan Ikhlas @JamawiJaafar Buat Mangsa Banjir
- Hubungan Chin Peng Dengan PAS-DAP Perak Yang Perlu...
- Akar Umbi PAS Ikut Sahaja Telunjuk DAP? - Pemimpin...
- Bila @limkitsiang Nak Minta Maaf Pada @LiowTiongLai
- Ulama PAS Dah Mula Rasa Dihina DAP?
- Hamley's Mohon Maaf - Ingat Malaysia Ini Negara Apa?
- Aktivis Bogel Hina Islam Mati Terseksa Akibat Kema...
- Kasihan Adik Adam - Apa Kisahnya?
- Nazri Aziz Ada Perjanjian Apa Sampai Setuju Lain M...
- Jawapan @AzminAli Tiap Kali Wartawan Tanya Soalan ...
- Kisah Chapuis, Girlfriend Dan Gadis Melayu
- Ustazah Hina Jururawat Dengan Ayat Menghina? #Biadap
- Nik Abduh Sound Peguam PKR - PAS Dah Ready Nak Kel...
- Monorel @myrapidkl Berwajah Baru Yang Lebih Selamat!
- Kucing - Kedai Makan - Rezeki - Apa Kaitan? #Perlu...
- Tak Cukup Cela Hudud - DAP Larang Maulidur Rasul?
- LGE Sengaja Timbulkan Isu Sebab Nak Undi Sarawak?
- Azmin Ali, Babi Dan Kuala Langat - @AzminAli & Yun...
- Peguam Anti-Islam Mengamuk Pasal Apa? Siapa Cetusk...
- Amalan Suami Jika Isteri Mengandung #InfoIslam
- PKR Makin Bimbang, Kemelut PAS-DAP Melemahkan Mereka?
- Lim Guan Eng Kena Sound Sampai Merajuk Tak Mahu Da...
- #TriviaBolaMalaysia - Fakta Tentang Bola Sepak Mal...
- Kedah Makin Mundur Bawah Kerajaan BN Kedah? @mukhr...
- Khazanah Gagal Dan Terus Gagal? - Azman Mokhtar Da...
- DAP Tuding Jari Pada PAS, PKR Mula Bimbang Sokonga...
- Mat Sabu Salahkan Hakim Selepas Haji Hadi Menang K...
- Hudud Kelantan Pasti 2015 - Punca DAP Menyinga!
- 2010 Lulus, 2014 Pertikai - DAP Dasar Pembelit!
- Ibu Bapa Tidak Setuju Dengan Fahmi Zainol! #Bukti
- Hospital Kerajaan Ternak Pondan Berleluasa? @KKMPu...
- Kalau Tak Setuju Passport Ditarik Balik - Sila Per...
- Fahmi Zainol Kena Gantung - Pengajaran Atau Permul...
- Orang Tua Geram Tengok Budak Kacak? #SimptomAnwar
- PAS-DAP Mula Perang Untuk Pecah Dari Pakatan - Anw...
- Bahasa Alien Kian Menular - Sokong Rais Yatim Sela...
- Amerika Simpati APda Anwar? - Apa Petanda Sebenar ...
- Anwar Ibrahim, Alvin Tan Dan Ali Jalil Menghidap P...
- Anwar Ibrahim, PKR Dan Pluralisme?
- Tokoh Anak Muda Yang Melayu Perlu Contohi
- Anak Murid Message Cikgu Ucap Rindu Pada Buah Dada?
- Pro-M Biadap Upah Blog Pembangkang Gelar Calon Pen...
- Calon SPU Yang Wajib Diberi Sokongan! #PRKUPM
- Fitnah Kepada Puteri Akibat Bimbang Sokogan Kepada...
-
▼
December
(53)
0 ulasan:
Post a Comment