14/12/2013

Anak Kedah Jadi Tunggul Kayu Untuk Promosi Langkawi? @Mctheoryz @MukhrizMahathir


Aduhai baru nak bercuti dari menulis tanda protes bila mana sebelum PRU14 bloggers dipandang tinggi sekarang duduk depan mata pun pejam. Cuma hari ini Keris rasa terpanggil nak tulis pasal satu isu anak Kedah memandangkan Keris ada diLangkawi.

Rasanya orang Kedah tahu pasal satu event besar yang dibuat di Langkawi oleh Kerajaan Negeri Kedah dengan kerjasama Kementerian Pelancongan.


Langkawi Naturally Magika Kedah merupakan satu event peringkat nasional. Dijangka berlangsung tidak lama lagi. Dengar cerita menelan juta-juta ringit Malaysia jugaklah. Tapi ada cerita kurang sedap didengar pula.

Tidak tahulah pula jika ini bukan menjadi keutamaan untuk menjayakan majlis ini. Keris telah cuba bersangka baik sehabis boleh tetapi selepas meneliti cerita-cerita yang sampi ke telinga, terasa panas hati pula dengar.

Event dah habis gempak dan buat di Kedah tapi khidmat anak Kedah tak pula digunapakai? Kebanyakan khidmat import dari luar negeri Kedah. Habis tu apa guna anak-anak Kedah? Apa dekat kedah tak ada orang boleh buat promosi? Tak ada yang boleh supply khemah? Tak ada yang boleh jadi urusetia? Apa orang Kedah tak reti cakap omputih?

Sedih bila dengar anak tempatan tidak didahulukan dalam program-program negeri. Sepatutnya anak-anak Kedah jadi keutamaan bagi menjayakan program ini. Ingat! Mereka bukan tunggul kayu pun.

Betul ada gerai-gerai dibuka untuk penjaja. Bagus dan Alhamdulillah tapi yang supply baju, khemah dan etc untuk event kenapa tak beri peluang? Ramai yang berbakat dan melayu khususnya patut diberi peluang berkhidmat dalam masa yang sama dapat menjana pendapatan. Ini bukan soal duit tapi soal siapa yang patut diberi keutamaan.

Ataupun Menteri Besar Kedah tidak tahu menahu kes anak kedah dipinggirkan?

K7L : Jangan buat 'dosa' awal-awal nanti kena sebat berbirat sampai PRU14 bang....

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk