Siapa tahu inilah MP pertama daripada kalangan Wanita Muda yang dilahirkan di Melaka. Sebagai calon tunggal kaum hawa, beliau dikatakan antara yang layak memimpin Puteri UMNO Malaysia.
Keris bukan menidakkan calon satu lagi, Jamilah Hanim yang juga ada bakat tersendiri dalam kepimpinan namun Keris lebih bersetuju sekiranya YB Mas Emy dipilih oleh perwakilan Puteri UMNO kelak.
Puteri UMNO memerlukan semangat dan sesorang yang mampu membawa suara wanita muda sehingga ke Parlimen. Manakala pilihan Naib Ketua Puteri kebiasaannya wajar diberikan kepada mereka yang bukan ADUN atau MP bagi memudahkan pergerakan membantu Ketua Puteri UMNO.
Siapa Mas Ermieyati yang menawarkan diri sebagai Ketua Puteri UMNO Malaysia?
Montaj ini menceritakan profil YB Pn Mas Ermieyati Bte Samsudin, Ahli Parimen Masjid Tanah. Beliau bekelulusan undang2 dari UKM. Pernah menjadi peguam, Pengerusi INSPIM, Pegawai Perhubungan Ketua Menteri Melaka & beberapa jawatan kerajaan. Beliau seorang yang berpengalaman luas dalam politik & pentadbiran & NGOs.
Ikuti perkembangan di facebook Mas Ermieyati Samsudin & page (https://www.facebook.com/masermieyati...)
K7L : Semoga berjaya untuk Kak Emy..
0 ulasan:
Post a Comment