23/08/2012

Lambakan Warga Asing - Imigresen Kawal Atau Tidak?



Saban hari kita melihat bilangan warga asing di Malaysia semakin hari semakin ramai. Sehinggakan pada sesetengah tempat di Malaysia ini dikuasai dan dibanjiri oleh mereka.

Cuba pergi ke shopping complex kawasan Klang, penuh dengan mereka sahaja. Cuba naik bas di kawasan Kuala Langat, memang warga asing sahaja yang penuh. Naik tren dari Serdang, awang hitam bukan main banyak sampai mereka naik juga ke koc wanita.

Pernah anda lihat anak gadis Malaysia diganggu oleh warga asing? Keris pernah lihat depan mata sendiri. Bayangkan yang diganggu itu saudara perempuan kita. Nak tunggu jadi apa-apa baru nak kisah?

Jangan kerana lambakan warga asing ini rakyat Malaysia berasa tidak selamat walaupun pihak PDRM memang menjalankan tugas mereka dengan baik. Jika anda menemuramah mereka, rata-ratanya tidak mempunyai pengesahan yang sah.

Bagi beberapa pembawa masuk warga asing pula. Taktik mereka adalah dengan membawa masuk warga asing dengan passport dan visa pelancong. Setibanya di Malaysia akan ada beberapa tekong moden yang ambil dan buat permohonan di Imigresen. Tak boleh juga salahkan Imigresen kerana mereka menerima permohonan mengikut prosedur namun pengawalan tampak sedikit kurang.


Pernah Keris terbaca statistik warga asing yang bekerja di Malaysia mencecah jutaan orang. Sistem 6P memang terbaik namun jika masih wujud tekong-tekong moden yang tidak dikawal maka masalah lambakan tetap ada.

Keris mencadangkan pihak Imigresen melakukan siasatan di beberapa tempat yang umum tahu dibanjiri oleh warga asing. Tempatkan RELA di kawasan-kawasan yang dikenalpasti sebab mereka memang 'gerun' dengan RELA yang tegas dan baik dalam melakukan kawalan keselamatan.

Program 6P yang pertama sudah selesai. Sepatutnya sudah ada operasi pembersihan warga asing dibuat terutama kepada mereka boleh mendatangkan ancaman kepada negara. Kawalan masuk warga asing dan pemberian PR mahupun visa harus diketatkan dan lebih terperinci bagi membendung lambakan dan penerimaan kemasukan tanpa kawalan.

Apapun Keris masih menyokong program 6P yang dilaksanakan oleh KDN. Langkah yang baik telah dilakukan oleh Menteri namun harus diteruskan oleh agensi-agensi dibawah KDN.

Jangan terkejut jika suatu hari nanti warga asing dihasut pembangkang untuk membuat demonstrasi menuntut sekolah dan hak-hak yang tidak masuk akal.

Akan Keris sambung cerita pengalaman menemuramah beberapa warga asing di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur.

K7L : Menegur tak bermakna tak menyokong..

4 ulasan:

  1. Tau apa respo KDN.. Kemasukan pendatang asing adalah dalam kawalan, kita sentiasa memantau kemasukan pendatang asing, jumlah pendatang asing masih pada tahap yang terkawal, kerajaan sentiasa peka kehadiran pendatang, kdn akan bertindak jika terdapat sebarang masaalah pendatang asing. Itulah antara kata2 pengubat luka rakyat yang telah begitu parah dgn kegelisahan terhadap kedatangan pendatang. Bn boleh kalah jika pembangkang menggunakan isu ini pada pilihanraya umum akan dtg... Itu saja yang boleh kita ramalkan. Rakyat sudah cukup bersabar dgn kerenah kdn...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salah tu..Keris percaya KDN telah melakukan kerja yg baik..kita harus beri peluang dan harus menyokong..kesilapan kita adalah sentiasa menghentam dan melihat kekhilafan..bukan memberi penyelesaian ataupun solusi terbaik..kita perlu membantu..bukan hanya mengkritik..maaf..Kerisbterima komen Anon tp Keris mohon Anon lihat dr satu sudut psoitif yang membina..bukan meranap :)..

      Delete
  2. Pandai pulak raayat Malaysia minta Imrgresen kawal,nanti ada toke marah,macam JPJ kuatkuasa AES,ramai yang marah walau[un itu untuk kebaikan pengguna jalanraya!
    Kalau tanya PR,kuatkuasa undang2 x begitu penting,penguatkuasa seperti POLIS perlu dikurangkan,

    ReplyDelete
  3. jgn tngok sblah pihak je. try tngok pihak2 yg lain...kementerian pelancongan kata nk tambah pelancong asing (dlm byk2 plancong..ade yg xkuor2)..jabatan tenaga kerja kata dia luluskan permohonan/kemasukan pekerja asing lagi ramai (ni pakcik baca dlm akhbar2, bukan cakap2 org) yg penguatkuasa cuma imigresen/polis je...tambahan penguatkuasa xde. mcm ni la senang citer....tuan rumah buat kenduri muat 100 org je..dtg tetamu lain jemput lagi org lain melambbak la rumah tuan rumah..padahal tuan rumah xjemput..nk halau mcm mana org dh dtg ramai2

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk