27/07/2012

6 Perkara Berkenaan Air Yang Buat Kerajaan Selangor Gelisah!





6 Punca berlaku krisis air di Selangor dikenalpasti adalah :

1) Peningkatan permintaan air tidak diiringi dengan pembangunan kapasiti bekalan air. Tiada peningkatan kapasiti bekalan air sejak 2002. Pembangunan kapasiti bekalan air terawat merupakan tanggungjawab Kerajaan Negeri. Malah Kerajaan Persekutuan Barisan Nasional telah berusaha membantu membangunkan pusat bekalan air dengan Projek Rawatan Air Langat 2 di mana air dibawa melalui saluran paip dari Sungai Semantan dan Sungai Kelau di Pahang.

2) Kerajaan Negeri Selangor pimpinan PKR-DAP-PAS enggan membina Loji Rawatan Air Langat 2 untuk menambah bekalan air terawat. Ini punca yang paling besar dan dipolitikkan oleh Ronnie Liu yang enggan memahami antara beza air mentah dan air dirawat.

3) Perlaksanaan CAPEX (menukar paip lama yang bermasalah kepada paip baru) yang dirancang tergendala. Berkuatkuasa Julai 2008, program kerja CAPEX SYABAS secara amnya telah dibekukan oleh SPAN setelah didesak oleh Kerajaan Negeri apabila SYABAS didapati menggunakan paip yang diimport dari Indonesia bukannya paip buatan tempatan.

Ianya memberikan kesan negatif iaitu kadar Non Revenue Water (NRW) tidak dapat dikurangkan dan aset lama termasuk paip lama yang selalu pecah/ bocor tidak dapat diganti. Juga meningkatkan insiden gangguan bekalan air akibat kegagalan peralatan elektrikal dan mekanikal yang telah usang atau telah sampai kapasiti maksimanya. Selain itu meningkatkan kejadian tekanan air rendah kerana kerja kerja memasang paip yang lebih besar kapasitinya dan sambungan baru ditangguh.

4) Pencemaran air mentah yang menyebabkan henti tugas Loji Rawatan Air sedia ada atau mengurangkan pengeluaran air bersih. Ini terjadi kepada sungai yang membekal air dicemari sisa toksik dan sisa kilang oleh pihak yang tidak bertanggungjawab apabila membuangkannya ke dalam sungai.

5) Kemarau yang berpanjangan. Walaupun masalah kemarau belum muncul sekarang, tetapi ia boleh berlaku bila-bila masa dalam tempoh 2012 hingga 2017 di mana rizab bekalan air adalah sangat rendah seperti berlaku krisis air tahun 1998.

6) Penggunaan/ permintaan air yang mendadak dan tidak seimbang dengan pengeluaran air terawat. Permintaan air berubah setiap hari dan mengikut musim. Kadar pertumbuhan penduduk yang meningkat mendadak di Lembah Klang. Malah krisis ini mulai terasa apabila permintaan pembukaan perindustrian baru tidak dapat diluluskan ekoran bekalan air tidak mencukupi.

K7L :  Bila mahu setel..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk