05/06/2012

Masalah Parking Di Hospital Putrajaya - Tolong Selesaikan @TengkuAdnanREAL @RosnahARS



Rungutan demi rungutan samada pesakit mahupun pekerja didengari saban waktu di Hospital Putrajaya. Ya! Memang bermasalah jika pesakit yang ramai dengan kadar lebih seribu pesakit sehari dan lebih kurang 1300 pekerja hospital yang akan berebut tempat letak kereta.

Kawasan yang agak luas tetapi hanya mempunyai 524 lot tempat letak kereta menjadikan ruang-ruang kosong yang terdapat disitu menjadi tempat pesakit/pekerja meletakkan kenderaan. Nah! Kena saman sedangkan mereka tidak punya alternatif lain untuk meletakkan kereta. Bukan semua orang boleh letak kenderaan di Putrajaya Sentral dan berjalan.

Walaubagaimanapun Keris memuji sikap dan inisiatif Pengarah Hospital Putrajaya yang menyediakan 'Shuttle' daripada Putrajaya Sentral ke Hospital Putrajaya. Namun begitu tidak dapat tidak masalah parking tetap wujud.

Kemungkinan Perbadanan Putrajaya ataupun mana-mana pihak yang boleh bertanggungjawab perlu membuat sesuatu dalam membendung masalah ini. Ada cadangan mengatakan bangunan meletak kenderaan bertingkat dibina. Kesian juga kepada pesakit dan sesiapa yang ingin melawat mereka termasuk juga pekerja.

Nampak seperti remeh namun pada Keris ini satu masalah yang boleh diselesaikan jika mahu.

K7L : Kawan Keris kena saman sebab parking dekat..dia redha sebab dia tak mahu ibunya yang sudah tua berjalan jauh..nampak tak masalah kat situ?..

1 ulasan:

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk