Belum pun memerintah negeri ini, pakatan pembangkang sudah mula menampakkan sifat 'tamak kuasa' dan berebut jawatan untuk menjadi Menteri Besar jika menang di Johor.
Bagaimanapun, hasrat Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk meletakkan Pengerusi PKR negeri, Datuk Chua Jui Meng sebagai Menteri Besar jika menang, tidak sehaluan dengan kehendak Pas yang mahu calon bagi jawatan itu diberikan kepada seorang Melayu dan beragama Islam.
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan, hanya Melayu yang beragama Islam akan dilantik sebagai Menteri Besar Johor jika pembangkang berjaya merampas negeri itu.
Katanya, semua pemimpin pakatan pembangkang telah bersetuju dengan syarat tersebut seperti yang dibincangkan sebelum ini.
"Kami telah bincangkan dengan pemimpin DAP dan PKR tentang perkara ini iaitu di Johor hanya Melayu Islam boleh dilantik menjadi Menteri Besar. - utusan
K7L : Nampak sangat perjuangan mereka hanya mahu melihat UMNO terjatuh..bukannya Islam yang menjadi perjuangan mereka..gila!
apa heran dengan iblis pun penganut agama pas sanggup berkawan, asalkan bukan dengan umno. kenapa tazkiyah / pembohongan kini menjadi-jadi dalam pas - kerana mereka dah terima prinsip agama syiah - tazkiyah adalah wajib dan salah satu kaedah untuk menigkatkan iman dan takwa, sama seperti amalan sunat yang lain. nikah mutaah dah halal - sebab itu tak salah mat sabu berzina dengan normah kerana mereka dah kahwin mutaah. bagi syiah di iran mereka bolih menerima yahudi dan kristian tetapi tidak sama sekali dengan suni. begitu juga syiah di malaysia mereka bolih berkawan dengan iblis, dengan silangkah mayat aku dulu baru tubuh negara islam, tetapi tidak mungkin mereka akan berkawan dengan umno.
ReplyDelete