01/04/2018

Undi Popular Taktik Propaganda Pembangkang



1. Pihak pembangkang kini dilihat galak berhujah bahawa parti Barisan Nasional (BN) kalah undi popular pada 2013 untuk mengatakan bahawa persempadanan pilihanraya dan pembahagian jumlah pengundi mengikut kawasan tidak memihak kepada mereka.

2. Pada PRU13 yang lepas Pakatan Rakyat, yang kini telah terkubur, memenangi 50.87% undi popular, manakala BN pula 47.38%.

3. Mereka melaungkan bahawa BN mencuri pilihanraya ini kerana mereka memenangi lebih banyak undi popular tetapi BN memenangi lebih banyak kerusi. Mereka menggambarkan seolah-olah perkara ini hanya berlaku di Malaysia sahaja.

Sedangkan di UK (pilihanraya umum 2015), Conservative Party hanya memenangi 36.9% undi popular tetapi memenangi 50.9% kerusi parlimen.

Di Canada (pilihanraya persekutuan 2015), Liberal Party menerima hanya 39.5% undi popular tetapi memenangi 54% kerusi parlimen.

Di India, BJP (pilihanraya umum 2014) memenangi hanya 31.3% undi popular tetapi menang 51.9% kerusi parlimen.

4. Negara-negara yang mengamalkan sistem berparlimen seperti Malaysia di atas mempunyai kerajaan yang dibentuk dengan sokongan kurang daripada 50% pengundi di negara masing-masing.

5. Ini bermaksud mana-mana parti boleh memenangi majoriti kerusi tanpa perlu memenangi majoriti undi popular dan ianya bukan berlaku di Malaysia sahaja.

6. Kalau BN adalah pencuri, adakah Conservative di UK, Liberal di Canada dan BJP di India juga pencuri?

7. Lagipun Pakatan Rakyat pada PRU13 bukanlah satu pakatan politik formal yang bertanding di bawah satu logo seperti BN. Yang memenangi undi popular terbesar pada PRU13 adalah BN sebanyak 47.38% dan yang kedua terbesar bukanlah Pakatan Rakyat, tetapi PKR dengan 20.39% undi.

8. Sepatutnya penyokong Pakatan Harapan kini tidak lagi mengira undi popular mereka sebagai 50.87% kerana PAS kini sudah pun keluar daripada pakatan dengan mereka.

9. Jangan terpedaya dengan propaganda pembangkang yang mahu anda percaya bahawa hanya Malaysia satu-satu negara dalam dunia diperintah oleh parti pemerintah yang tidak menang undi popular dalam pilihanraya.

Sumber: Syahir

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk