Dalam Malaysiakini, 6 April 2018, Mahathir menyatakan "Tunggu saya dibunuh baru polis, tentera nak sedar?" Kenapa Mahathir perlu buat kenyataan yang agak keterlaluan begini?
Ada sesuatu yang sedang dirancang untuk dapatkan undi simpati? Blogger Khairul Reyzal menaakul begini dalam satu tulisan di blognya :
"Apabila calon Perdana Menteri Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir membuat dakwaan terdapat cubaan untuk membunuhnya, ramai yang mengambil ringan apa yang diucapkan oleh beliau. Ini memandangkan pada fikiran logik, tidak mungkin ada sesiapa yang sanggup untuk mencederakan apatah lagi untuk membunuh seorang warga platinum yang berusia 92 tahun"
"Teringat pada satu kes dalam tahun 2009, baca di sini, di mana kes cubaan bunuh bunuh Presiden Taiwan, Chen Shui-Bian pada 2004 telah dibuka kembali. Ini berikutan dakwaan bahawa Chen Shui-Bian telah melakonkan adengan cubaan tembak menembak untuk meraih undi".
"Chen Shui-Bian telah memenangi pilihanraya berkenaan dengan peratusan kecil dan kini sedang merengkok di dalam penjara akibat pertuduhan rasuah" tulis Khairul Reyzal.
Begitu juga dengan kisah Prebet Adam mengamuk pada 18 Oktober 1987. Mahathir menjadikan isu Prebet Adam untuk mengubah Perlembagaan yang seterusnya mengikis kekebalan Raja Raja Melayu pada Mac 1993.
Selama 30 tahun lebih masyarakat tidak tahu kisah sebenar. Prebet Adam dihantar ke Tanjung Rambutan kononnya gila dan sebagainya. Namun akhirnya kebenaran muncul juga.
"Adam mengamuk di Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur pada tahun 1987 kerana masalah di tempat kerja dan bukannya kerana adik kami dibunuh Almarhum Sultan.
"Semua adik beradik kami masih hidup, hanya seorang sahaja yang sudah meninggal dunia pada tahun 1975 kerana kejadian kebakaran di rumah," kata Hawa Jaafar, adik Prebet Adam. Lihat video penuh di pautan ini :
Begitu juga dengan drama Mahathir kena "spray" di Kelantan pada tahun 2006. Ianya kalau dikaji hanyalah sandiwara Mahathir sahaja. Pada 28 Julai 2006, Nik Sapeia serang Mahathir di Pengkalan Chepa, kemudian khabarnya dalam diam diam Nik Sapeia memohon maaf kepada Mahathir selepas itu menerusi pintu belakang.
Motif Mahathir hanyalah untuk dapatkan simpati sahaja. Hendak minta orang kesian padanya. Taktik lama ini, Mahathir guna dulu lagi masa krisis ekonomi tahun 1998, yang jadi kambing hitam adalah Soros.
Kemudian, 8 tahun selepas itu, pada 15 Disember 2006, Mahathir berjumpa dengan Soros di Kuala Lumpur. Soros memaafkan pula semua dosa dosa Mahathir yang dahulu.
Samalah dengan Anwar Ibrahim, dulu macam macam Mahathir kata dan maki Anwar, 18 tahun selepas itu memaafkan pula semua dosa Anwar. Begitu juga DAP, yang sesuci kain putih dicuci dosanya oleh Mahathir.
Namun #SinOfMahathir #DosaMahathir terhadap rakyat Malaysia masih lagi banyak. Jangan lupa #DosaMahathir yang silam dalam kisah Prebet Adam dan lain lain lagi.
Kali ini Mahathir sedang buat sesuatu pada 7 hari terakhir sebelum hari pengundian untuk drama simpati buat rakyat Malaysia. Barangkali drama sakit jantung. Sudah tahu IJN ada di KL, yang hendak bertanding di Langkawi buat apa?
Nanti kalau sakit jantung, hendak salahkan Najib sebab tidak bina IJN di Langkawi? Tidak mustahil drama ini boleh jadi. Kedai roti lingkup pun Mahathir salahkan Najib.
Apa apa sahaja Mahathir akan buat di saat akhir nanti. Hati hatilah dengan drama dari Kerala ini, lagi dahsyat dari filem Tamil.
K7L : #KonpirasiMahathir #RancanganMahathir
0 ulasan:
Post a Comment