17/04/2018

12 Projek Kementerian Kesihatan - DAP Mengamuk Pasal Ini?



Aspek pembangunan kesihatan sentiasa diutamakan oleh Kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Terbaharu, DS Najib Razak telah melancarkan 12 projek Kementerian Kesihatan di Pulau Pinang yang kesemuanya bernilai RM1.64 bilion.

Projek ini melibatkan beberapa aspek pembangunan seperti pembinaan blok klinik pakar & wad bersalin Hospital Pulau Pinang (HPP), pembinaan blok wanita & kanak-kanak HPP, pembinaan kuarters HPP, menaik taraf HPP fasa II, menaik taraf perkhidmatan transplan HPP dan pembinaan Kolej Jururawat Kepala Batas di Bertam.

Kerajaan turut menaik taraf sistem pendingin hawa berpusat di dewan bedah dan sistem elektrik Hospital Bukit Mertajam, pembinaan Klinik Kesihatan Bandar Perda, menaik taraf Hospital Seberang Jaya, pembinaan blok bertingkat Hospital Seberang Jaya, pembinaan Klinik Kesihatan (Jenis 3) Air Putih di daerah Barat Daya  serta menaik taraf Jabatan Kecemasan & Pesakit Luar Hospital Balik Pulau.

Usaha murni kerajaan ini sekaligus membuktikan kerajaan sentiasa menunaikan setiap janjinya dan memberi jaminan untuk melaksanakan lebih banyak projek pembangunan di Pulau Pinang jika berjaya menang  pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Keris menjangkakan sekiranya Pakatan yang dipilih, mereka akan swastakan semua hospital ini bagi menampung tawaran penuh hiburan mereka.

K7L : Jangan menyesal tak sudah.. Kekalkan BN..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk