04/04/2018

Cerita Pasal Felda - Dah Bankrap?



Sejak Felda ditubuhkan pada 1956 hingga kini, pelbagai inisiatif dilakukan kerajaan di bawah PM Najib Razak. Ia termasuk peruntukan RM2 bilion untuk pembesaran rumah peneroka Felda, pemberian enam insentif dalam bentuk pelupusan hutang, bayaran insentif, kewujudan dana khas dan geran khas serta insentif perumahan.

Program model baharu lot perumahan generasi baharu Felda turut menjadi pemangkin dalam memastikan kemampuan pemilikan rumah oleh generasi kedua. 

Kerajaan juga mengumumkan pemberian peruntukan RM14 juta kepada 14 tanah rancangan Felda bagi pembinaan infrastruktur dan kerja-kerja membaik pulih 14 masjid di kawasan terlibat. 

Pemberian pelbagai inisiatif ini membuktikan  kerajaan melakukan yang terbaik buat warga FELDA bermula dari era Allahyarham Tun Abdul Razak lagi hinggalah sekarang.

K7L : Celah mana tah nak bankrap..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk