30/04/2018

Kerajaan Era Mahathir Beri Lebih Banyak Pelepasan Cukai Projek Mega – Subromaniam




Kerajaan di bawah kepimpinan Dr Mahathir Mohamad telah memberikan lebih banyak pengecualian cukai kepada projek-projek mega dan ini menyebabkan kerugian langsung kerajaan, ujar Ketua Pengarah Kastam Subromaniam Tholasy hari ini.

Subromaniam turut menjelaskan bahawa bukan hanya projek-projek mega sewaktu zaman kepimpinan Mahathir dikecualikan daripada cukai jualan dan perkhidmatan (SST), malah mereka turut diberikan pengecualian duti import.

Sistem SST merupakan sistem satu peringkat di mana sekiranya pengecualian diberikan, maka pihak kerajaan yang akan menanggung kerugian secara langsung.

Lebih jelas lagi, kerajaan akan mengalami kerugian dalam bentuk wang namun pengecualian cukai masih tetap diberikan pada pihak-pihak pemaju berkenaan.

"Bagaimanapun, sistem GST adalah berbeza kerana apabila pihak yang berkenaan diberikan pengecualian, maka mereka tidak boleh memohon bayaran balik atas cukai kredit import serta tiada pengembalian dana dilakukan.

"Dengan memberikan pengecualian CBP kepada ECRL, kerajaan sebenarnya telah membuat keputusan yang bijak dan ini akan memberi lebih banyak manfaat kepada rakyat," tambah Subromaniam dalam satu sidang akhbar di Ibu Pejabat Kastam Putrajaya.

Antara projek-projek yang dikecualikan daripada SST sewaktu pentadbiran Mahathir adalah termasuk projek Terowong SMART, Stadium Nasional Bukit Jalil, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Sistem Transit Aliran ERL.

Sumber : KLX


0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk