21/04/2018

Video - Apa Benda BN Bagi Kalau Menang PRU14? - Siri 2 #BersamaBN #HebatkanNegaraku



Sejak daripada dulu lagi FELDA tetap dihati Kerajaan Barisan Nasional. Tambahan pula ini merupakan warisan yang ditinggalkan oleh Tun Abdul Razak, ayahanda kesayangan YAB Perdana Menteri.

Mana mungking Peneroka Felda akan diabaikan. Ini merupakan gerak kerja konsisten untuk peneroka dan anak-anak peneroka.


  • Meningkatkan gaji minimum pekerja secara berperingkat kepada sekurang-kurangnya RM1,500 dalam tempoh lima tahun.
  • Menubuhkan Fair Works Commission untuk menentukan paras gaji pekerja-pekerja sektor swasta agar lebih setimpal.
  • Memperkenalkan kadar dividen dan bonus pelbagai peringkat untuk dana pelaburan dan unit dana amanah dan GLIC lain (kecuali KWSP).
  • Menurunkan had maksimum kadar faedah dan caj lewat bayar kad kredit.
  • Meningkatkan kesejahteraan pekerja yang berpendapatan RM2,500 ke bawah di Syarikat Berkaitan Kerajaan dan Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan melalui perluasan perlindungan insuran, pertambahan manfaat kesihatan dan kenaikan elaun kos sara hidup.
  • Memberi insentif khas RM5,000 kepada setiap peneroka FELDA.
  • Mewujudkan geran khas bagi tujuan penanaman semula peneroka-peneroka FELDA.
  • Melupuskan hutang penanaman semula peneroka-peneroka FELDA.
  • Melupuskan hutang pembelian saham FGV peneroka-peneroka FELDA.
  • Melupuskan hutang tambahan peneroka-peneroka FELDA semasa proses penanaman semula.
  • Menaikkan harga pengaktifan Insentif Pengeluaran Getah (IPG).
  • Meningkatkan Bantuan Musim Tengkujuh untuk pekebun-pekebun kecil getah.
  • Meminimakan pembabitan orang tengah dalam hasil tani dan perikanan demi petani dan nelayan.
  • Memperluaskan dana Skim Bantuan Tani dan penanaman semula untuk pekebun kecil kelapa sawit, getah, koko dan kenaf.
  • Memperuntukkan bantuan khas berjumlah RM222 juta untuk peneroka-peneroka FELCRA, KESEDAR dan KETENGAH.
  • Meminda Akta Kawalan Harga dan Anti-Pencatutan bagi meluaskan kuasa KPDNKK.
K7L : JOM BN!

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk