11/04/2018

Teh Yee Cheu Lancar 'Perang' Terhadap Lim Guan Eng



Tamparan hebat buat Ketua Menteri (KM) Pulau Pinang, Lim Guan Eng apabila seorang bekas ADUN DAP di negeri itu, Teh Yee Cheu mengajak penduduk negeri berkenaan melakukan 'reformasi kedua' pada PRU14 akan datang.

Teh yang secara rasmi mengumumkan meninggalkan DAP semalam berkata, reformasi kedua itu penting untuk mewujudkan semak dan imbang bagi mengelak wujudnya monopoli dalam pentadbiran negeri.

Teh ni bukan calang-calang, dia dah 18 tahun bersama DAP. Kalau dah bekas ADUN yang cakap begitu, memang jelas terbukti bahawa selama ini pentadbiran Guan Eng tak telus.

Sebelum ni dia pernah gesa Tokong letak jawatan sebagai KM kerana terlibat rasuah, malah pernah desak supaya jawatan KM dihadkan hanya dua penggal. Apa yang Tokong buat? Dia sekat peruntukan pusat khidmat Teh dan pecat kakitangan ADUN itu. Inilah masanya rakyat Pulau Pinang buat pilihan bijak.

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk