08/04/2018

Sedikit Intipati Manifesto BN - Ini Janji Yang Mahu Ditunaikan! #KN




Antara intipati Manifesto BN PRU14 :

➕ Pas Pengangkutan Awam TN50 bernilai RM50 – RM150 sebulan untuk pelajar, belia bekerja, warga emas & OKU
➕ ≥ RM1,500 gaji minimum pekerja
➕ ↓ 50% kos langganan jalur lebar, 2x kelajuan jalur lebar
➕ RM10,000 pelepasan cukai pendapatan individu bagi kos perubatan ibu bapa
➕ RM5,000 insentif khas kepada setiap peneroka FELDA
➕ RM7,500 sehektar - Geran khas tanaman semula bagi peneroka FELDA yang layak
➕ Hutang dilupuskan bagi pembelian saham FGV peneroka FELDA
➕ 1 juta usahawan digital
➕ ↓pekerja asing kepada 15% daripada keseluruhan keupayaan tenaga kerja
➕ Skim sewa-untuk-beli - Insentif akan disediakan untuk menggalakkan bank & pemaju perumahan
➕ RM1,500 kepada anak-anak penerima BR1M yang mendaftar di pusat pengajian tinggi (sekali beri)
➕ Kediaman dan rumah mampu milik akan dibina untuk anggota polis, tentera & veteran
➕ Penggubalan Akta Gangguan Seksual 
➕ Galak sektor swasta benar ibu mengandung pulang awal
➕ Gubal Akta Dana Politik
➕ Fair Works Commission untuk tentukan paras gaji sektor swasta yang lebih setimpal
➕ Anak muda bawah 30 tahun akan disediakan pekerjaan atau latihan bersesuaian dalam tempoh 6 bulan
➕ Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). Hak-hak Sabah dan Sarawak akan direalisasikan secara konsensus
➕ 12,500km jalan luar bandar akan dinaik taraf di Sabah & Sarawak
➕ Terma “Lain-lain” digugurkan bawah segmen kaum dalam sistem atas talian Kerajaan 
➕ Universiti Al-Quran ditubuhkan untuk melahirkan lebih banyak graduan huffaz
➕ Sijil setara dengan SPM dan STPM boleh dipertimbangkan termasuklah isu tentang UEC untuk kemasukan IPT
➕ Rumah mampu milik dan kos rendah ditambah di tanah rizab Melayu, wakaf dan baitulmal
➕ ↑Bantuan Musim Tengkujuh untuk pekebun kecil getah
➕ Skim Bantuan Tani dan penanaman semula untuk pekebun kecil kelapa sawit, getah, koko dan kenaf
➕ 1 juta pengguna akan terus menerima subsidi bil elektrik bulanan

K7L : Nanti kita kupas satu persatu..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk