09/04/2018

Kegilaan Politik Pembangkang - Mahathir Akui Dirinya Melayu Yang Sudah Lupa?



1. Terbukti satu lagi episod kegilaan politik pembangkang apabila Tun Dr Mahathir menerima pakai logo PKR sebagai logo untuk bertanding untuk PRU14 kelak.

2. Ternyatalah benar apa yang diungkapkan Mahathir dahulu bahawa ‘Melayu Mudah Lupa’ dan ‘Mahathir sendiri Mudah Lupa’.

3. Saya ingin ingatkan kembali tragedi hitam politik negara pada tahun 1998 iaitu ketika era Reformasi yang dicanangkan oleh Anwar Ibrahim yang telah dipecat oleh Mahathir sendiri.

4. Rakyat Malaysia perlu ingat kembali dan belajar daripada sejarah yang berlaku.

5. Asbab tertubuhnya Parti Keadilan Rakyat (PKR) adalah atas perjuangan menuntut keadilan atas kezaliman yang telah diperlakukan terhadap Anwar Ibrahim oleh Mahathir.

6. Sumber kebencian PKR yang bangkit menentang UMNO-Barisan Nasional adalah disebabkan kebencian mereka terhadap Mahathir yang mereka sendiri gelar sebagai diktator serta kuku besi sehinggakan mereka sendiri memberi gelaran Mahafiraun dan Mahazalim.

7. Puncak kebencian itu telah mencetuskan demonstrasi Reformasi yang mengakibatkan pertembungan antara pihak Reformis dan pihak polis.

8. Ramai antara Reformis ini telah turun ke jalanan mempertaruhkan diri mereka sendiri untuk menunjukkan tentangan mereka terhadap Mahathir.

9. Saya kira perbuatan PKR memberi ruang kepada Mahathir untuk menggunapakai logo PKR pada pilihanraya kelak adalah satu pengkhianatan terhadap perjuangan mereka sendiri.

10. Bukan setakat itu sahaja, malah ini juga merupakan pengkhianatan dan penipuan besar terhadap Reformis 98 yang telah turun ke jalanan memperjuangkan keadilan terhadap Anwar Ibrahim.

11. Jelas, matlamat serta perjuangan PKR bukanlah demi menuntut keadilan tetapi tetap kekal sebagai haiwan politik yang sanggup menggadaikan apa sahaja demi mendapat kuasa politik.

12. Segala kata-kata kesat, tuduhan, cercaan dan pelbagai lagi yang pernah dilontar oleh Pemimpin PKR dan pengikut mereka terhadap Mahathir kini terpalit ke diri mereka sendiri apabila memberikan logo parti mereka tersebut untuk digunapakai oleh Mahathir.

13. Begitu juga dengan segala macam yang pernah dilemparkan oleh Mahathir terhadap Anwar Ibrahim yang kini kononnya telah bersahabat baik.

14. Saya berasa kasihan melihat sandiwara kegilaan politik pembangkang yang sanggup menggadaikan maruah sendiri dan keluarga terutamanya keluarga Anwar Ibrahim yang mana menurut mereka sendiri telah sengsara akibat apa yang diperlakukan oleh Mahathir terhadap Anwar Ibrahim.

15. Wan Azizah dan Nurul Izzah, manusia yang telah memecat, memalukan dan menjatuhkan maruah suami dan bapa anda ke seluruh dunia kini telah anda dakap dan terima kembali semata-mata demi mengejar kuasa politik.

16. Kini logo PKR yang menjadi lambang perjuangan menentang kezaliman Mahathir telah diberikan kepadanya untuk digunapakai.

17. Memang gila politik pembangkang!

Aziz Kaprawi
Pengerusi BN Sri Gading
Ketua UMNO Bahagian Sri Gading
Ahli Majlis Tertinggi UMNO

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk