Semasa berdemo pada 28 Mac 2018 di parlimen, Mahathir ketika diberi peluang berucap berkata ;
“Inilah Najib yang memperkenalkan cash is king, itulah yang dia sembah. Bukan dia sembah Tuhan, dia sembah cash” kata Mahathir.
Apa yang Mahathir sebut ini adalah satu tuduhan yang amat berat sekali. Menyatakan Dato Seri Najib tidak sembah Tuhan dan menyembah duit adalah satu hujah yang keterlaluan dan melampau sama sekali.
Sudah berusia 93 tahun tetapi menggunakan hujah yang jelas sekali menyalahi syariat agama. Selain itu, Mahathir sebelum itu menyatakan bahawa duit jemaah haji 1MDB sebagai haram.
Siapa Mahathir hendak menghukum halal dan haram? Oleh kerana itulah, Muffi Pahang sudah tegur Mahathir supaya jangan ambil kerja Tuhan. Namun Mahathir yang terdesak sangat untuk berkuasa tidak hiraukan teguran mufti, dia terus ulang lagi tuduhan itu.
Soal prinsip agama sudah diketepikan oleh Hanipa Maidin dan Mahathir semata mata kerana hendak kuasa. Kerana tamak pada kuasa, mereka jadi sombong, ego dan melampaui batas agama.
Sabda Rasullullah S.A.W. yang bermaksud:
“Di awal kemunculannya, Dajjal berkata, Aku adalah nabi, padahal tidak ada nabi setelahku. Kemudian ia memuji dirinya sambil berkata, Aku adalah Rabb kalian, padahal kalian tidak dapat melihat Rabb kalian sehingga kalian mati..” hadis riwayat Ibnu Majah.
Di akhir zaman ini, rakyat Malaysia jangan terperangkap dengan fitnah Dajjal yang mahu kucar kacirkan dunia. Dajjal memang suka gunakan berita palsu dan fitnah sebagai senjata mereka. Malah Dajjal mengakui diri mereka Nabi dan Tuhan untuk kelirukan manusia.
Moga rakyat Malaysia terpelihara daripada kejahatan Dajjal ini. Janganlah pula ada mana mana rakyat Malaysia yang meniru sifat Dajjal, Namrud dan Firaun ini dalam berpolitik. Politik ada batasnya, janganlah melampaui syariat agama dan berlebih lebihan.
Nasihat ini hanya terpakai kepada orang yang waras sahaja. Bagi mereka yang sudah ego dan tamak pada kuasa, alim ulama dan mufti berpesan pun mereka tidak hirau lagi. Apakan daya, agenda peribadi dan kroni mengatasi segala galanya. Jadilah mereka “Darth Vader”.
K7L : Ini teruk punya manusia..
0 ulasan:
Post a Comment