20/04/2018

YB Kepong Dari DAP Tidak Percaya Mahathir? - Part 3 #HarapanFitnah #HarapanPalsu



Orang kuat DAP, Dr Tan Seng Giaw yang juga Ahli Parlimen Kepong bercakap kepada New Straits Times buat pertama kali selepas beliau digugurkan parti itu untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Walaupun Seng Giaw telah berkhidmat dengan cemerlang untuk rakyat Kepong selama lapan penggal, beliau tidak akan mempertahankan kerusinya dalam pilihan raya akan datang kerana kepimpinan parti telah memutuskan untuk menyerang beliau.

Dalam temu bual bersama NST, ahli politik veteran itu membincangkan mengenai pelbagai masalah, daripada pemilihan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai pemimpin gabungan pembangkang, pendiriannya terhadap isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB), sehingga kepada rancangan masa depannya untuk pilihan raya akan datang.

Walaupun ada yang mengatakan bahawa pelantikan Tun Dr Mahathir sebagai ketua pembangkang adalah sebagai helah untuk berlakunya gelombang ‘Tsunami Melayu' terhadap pembangkang, Seng Giew bagaimanapun meragui perkara itu.

“Kaedahnya mungkin telah berubah tetapi pemikiran tetap sama. Pada umur 93 tahun, saya tak rasa beliau boleh tukar cara pemikiran. Pendekatan boleh berubah, daripada berada di parti pemerintah kepada pembangkang.

“Tetapi cara pemikiran, saya tidak pasti. Sedangkan budak umur 10 tahun pun susah nak berubah, apatah lagi umur 93 tahun. Jangan cuba beritahu saya sebaliknya, saya doktor,” tegasnya.
K7L : Tan Seng Giaw mangsa DAP kerana bercakap benar.

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk