12/04/2018

Barisan Nasional Kekal Perjuangkan Bumiputera Berbanding Malaysian Malaysia DAP? #JomBN #Souljer #KN


Malaysian Malaysia yang dibawa oleh DAP masih lagi menjadi agenda utama DAP. Mahathir sendiri sedar namun dek kerana nak sangat kuasa untuk anaknya bangsa terus diperjudikan.

Kamu semua kena ingat DAP bercita-cita untuk menghapuskan perkataan BUMIPUTERA serta terang-terangan Anti-Islam. Apa yang kita ken afaham adalah tawaran daripada pembangkang dan bandingkan tawaran BN.

Apakah pembangkang ada menekan nilai-nilai aspek pendidikan masa depan? Yang ada adalah jani hapuskan PTPTN. Itupun u-turn kepada tangguhkan bayaran. Sebab apa? Sebab mereka hanya memancing undi bukan fikir untuk masa depan. Apa BN bioleh tawarkan adalah :


  • Memahirkan 5 juta pelajar sekolah dengan kemahiran digital Revolusi Industri 4.0.
  • Menaiktaraf semua sekolah daif di seluruh negara.
  • Memadankan pelajar universiti dan bakal majikan di bawah SL1M 2.0.
  • Melahirkan pekerja pembinaan berkemahiran tinggi.
  • Menaiktaraf Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI).
  • Menaikkan had Insentif untuk Skim Simpanan Pendidikan.
  • Mengurangkan beban kerja pentadbiran para pendidik dengan peralatan lebih baik di bilik darjah.
  • Menambah jumlah subjek dalam Program Dwibahasa (DLP).
  • Mempertingkat kemahiran Bahasa Inggeris melalui Program Dwibahasa (DLP), Program Imersif Tinggi (HIP) dan memperkenalkan sekolah beraliran Inggeris di Sabah dan Sarawak sebagai projek rintis.
  • Menyediakan insentif khusus untuk mencipta khidmat pembelajaran dalam talian.
  • Memperluas pelaksanaan Program Anak Angkat bagi pengukuhan sosiobudaya.
  • Membina dan menambah kapasiti asrama untuk pelajar-pelajar luar bandar.
  • Meluaskan capaian Internet pantas ke semua universiti-universiti awam.
  • Memperuntukkan sebanyak RM12 juta untuk program pendidikan khas masyarakat luar bandar untuk 615,000 orang peserta.
  • Mengendalikan bengkel ilmu keibubapaan di kawasan yang sudah dikenalpasti.
  • Mentransformasi infrastruktur di universiti- universiti awam untuk kampus bestari.
  • Menurunkan kadar keciciran pelajar-pelajar Orang Asli di sekolah.
  • Memperkukuh sistem pendidikan pelbagai aliran di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT).
  • Menaiktaraf prasarana, bilik darjah, bilik guru khusus di Sekolah untuk anak-anak tentera.
  • Menaiktaraf Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) kepada Universiti P.Ramlee.
  • Menubuhkan Universiti Al-Quran agar lebih banyak graduan huffaz yang mempunyai pelbagai kepakaran.
  • Melengkapkan sekolah-sekolah Tahfiz dengan sistem latihan kemahiran Giat MARA.
  • Meningkatkan peratusan pengambilan bukan Bumiputera ke dalam universiti-universiti awam di Malaysia.
  • Pelajar Cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2017, yang mendapat sekurang-kurangnya 9+ dan berjaya mendapat tawaran daripada Universiti Oxford serta Cambridge atau 10 universiti terkemuka di dunia, Kerajaan Barisan Nasional akan menaja sehingga 80 peratus daripada jumlah kos pengajian tersebut.
  • Pelajar yang mendapat tawaran ke universiti luar negara selain daripada Universiti Oxford dan Cambridge atau 10 universiti terkemuka dunia, akan ditawarkan mengikut kadar penajaan dalam negara.
  • Tawaran ini juga dipanjangkan kepada pelajar SPM 2015 dan 2016 yang ditaja oleh JPA di peringkat persediaan.
  • Bagi pelajar yang memperoleh sekurang-kurangnya A- dalam semua mata pelajaran SPM 2017 akan ditaja di peringkat persediaan dalam bentuk dermasiswa sebanyak 6,340 ringgit seorang setahun.
K7L : Kita nak masa depan anak-anak kita terjamin.. 

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk