03/04/2018

Video - Muhyiddin Akui GST Sebenarnya Bagus!



Ketika masih menjadi Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sering membidas pakatan pembangkang kerana cuba menakut-nakutkan rakyat mengenai cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang dilaksanakan kerajaan pada April 2015.

Malah beliau juga meminta rakyat supaya tidak perlu risau kerana hasil kutipan GST bukan untuk kegunaan beliau, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak atau Menteri Kabinet lain sebaliknya akan dipulangkan semula kepada rakyat.

Malangnya selepas menyertai Pakatan Harapan, nada percakapan juga sudah berubah, menjadi cakap tak serupa bikin.

GST kini merupakan antara perkara utama yang dimainkan oleh beliau bersama pembangkang semata-mata untuk menarik perhatian pengundi. Walaupun Muhyiddin tahu cara pungutan GST itu lebih berkesan berbanding sistem lama, mereka tetap memutar belitkan perkara itu.

Kononnya GST telah meletakkan rakyat dalam kesusahan dan terbeban dengan cukai yang tinggi sedangkan GST mempunyai kebaikannya tetapi ia tidak dinyatakan pembangkang. Muhyiddin sendiri tahu bahawa sistem GST lebih berkesan kerana hasil pungutan cukai akan disalur kembali kepada rakyat melalui pembangunan dan bantuan-bantuan lain seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Jika Muhyiddin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) tidak mengetahui mengenainya, kenapa beliau menyokong Akta GST ketika ia dibentangkan di Parlimen?

Malah suatu masa lalu, Salahuddin Ayub yang dulunya Naib Presiden PAS pernah mengajak Muhyiddin berdebat dengannya mengenai GST selepas Muhyiddin pada masa itu mendakwa PAS tidak mempunyai pakar ekonomi untuk menjelaskan soal GST yang baginya dilihat sebagai mengukuh ekonomi negara.

Dilihat dari aspek ini, ternyata Muhyiddin tahu mengenai GST tetapi bila sudah memasuki PH, beliau mungkin sudah tidak ingat lagi.

Apa yang pasti pembangkang cuba menjanjikan kononnya jika mereka berkuasa, mereka akan hapuskan GST sedangkan jika ia dilakukan maka Malaysia akan kehila­ngan sebanyak RM45 bilion daripada pemansuhan cukai itu.

Hakikatnya ia adalah kebenaran namun PH enggan mengakuinya. Mereka cuba menjanjikan bulan dan bintang namun hampa. Sebaliknya manifesto PH yang antara lainnya mahu menghapuskan GST itu adalah satu janji manis semata-mata.

K7L  : Midin dah pening..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk