Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Arul Kanda Kandasamy dengan tegas menyatakan bahawa kapal mewah Equanimity yang disita oleh pihak berkuasa Indonesia tidak ada sebarang kaitan dengan syarikat berkenaan.
Kapal Equinimity yang disita kerana tuduhan penggubahan wang haram itu tiada kaitan dengan 1MDB. Perkara itu diperkukuhkan lagi apabila mahkamah daerah Jakarta Selatan akan mengadakan pra perbicaraan pertama yang difailkan oleh Equanimity Cayman berhubung tindakan berkenaan.
Pra perbicaraan berhubung sama ada tindakan agensi penyiasatan jenayah polis Indonesia menyita kapal layar berkenaan sah atau tidak akan diadakan dalam masa terdekat. Hujung Februari lalu, polis Indonesia menahan kapal layar itu di Tanjung Benoa, Bali atas permintaan Biro Penyiasatan Persekutuan AS, FBI.
Dalam temubual bersama Tempo, Arul Kanda juga menafikan dakwaan mengenai hubungan Jho Low dengan anak tiri Perdana Menteri, Riza Aziz. Menurutnya, peranan Jho Low ialah sebagai broker mengikut hubungan dekatnya dengan pengusaha Asia Barat termasuk Petro Saudi, sebuah syarikat minyak yang berpusat di A-Khobar, Arab Saudi.
Lihat temubual Arul Kanda di SINI
1MDB juga tidak campur tangan dalam penggunaan AS$3.5 bilion yang dibayarkan pada Aabar BVI atau dua bon yang diterbitkan. Beliau berkata Tun Dr Mahathir Mohamad mahu menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menggunakan isu 1MDB sebagai senjata sejak tahun 2015 lagi.
RM42 bilion yang didakwa hilang oleh pembangkang, katanya, adalah hutang 1MDB berhubung nilai tukaran ringgit yang merosot pada suku pertama tahun 2014.
Dalam sebuah laporan penyiasatan di media yang sama, Tempo menyiarkan tajuk berita rasuah 1MDB dan hubungan dengan Perdana Menteri Malaysia pertengahan Mac lalu. Tuduhan Tempo itu tidak benar.
Kemudian, Mahathir yang mengakui menggunakan media asing dan bantuan luar negara cuba membuat persepsi tentang cerita Jho Low dan kapal layar ini. Satu saman sivil dipercayai difailkan oleh orang suruhan Mahathir kepada DOJ berkaitan sejumlah dana yang dikononnya diambil secara salah dari 1MDB.
Sejak saman berkenaan difailkan, sehingga kini tidak ada sebarang prosedur perbicaraan dijalankan berkaitan dana berkenaan. Bukan sahaja tidak ada sebarang prosiding undang-undang, tiada asas kukuh untuk menyokong dakwaan dakwaan berkenaan.
Malah di Parlimen Switzerland, sudah dua kali usul yang sengaja dibuat untuk menuduh 1MDB mengubah wang haram telah ditolak di sana. Baca SINI
Kes berkaitan 1MDB itu juga terbukti tidak berasas apabila tindakan merampas kapal Equanimity yang dibuat oleh DOJ itu kini ditentang dalam mahkamah di Indonesia dan Amerika Syarikat (AS).
Sebuah syarikat Equanimity (Cayman) Limited selaku pemilik sah kapal mewah itu menyifatkan tindakan DOJ dan pihak berkuasa Indonesia adalah melampau dari had perundangan masing-masing dalam itu berkenaan. Syarikat itu sudah memfailkan dokumen untuk mencabar tindakan berkenaan di mahkamah kedua-dua negara.
Mereka mendakwa, pihak DOJ sendiri menangguhkan kes berkaitan aset berkenaan tahun lepas dan tidak ada langkah diambil membuktikan berlaku sebarang salah laku, tetapi menyita kapal berkenaan di Indonesia ketika perintah penangguhan yang dikeluarkan masih sah.
"Tindakan DOJ memfailkan (kes) di California adalah usaha untuk menggunakan dakwaan yang boleh dipertikaikan mengenai tindakan yang diambil sebelum ini bagi menutup tindakannya sendiri yang bercanggah dengan undang-undang di Indonesia.
"Seperti ditunjukkan dalam dokumen mahkamah yang difailkan Equanimity (Cayman) Limited, tindakan DOJ hanya akan menjejaskan nilai kapal terbabit dengan ketara, selain mendedahkan anak kapal kepada bahaya.
"Tindakan itu tidak perlu sama sekali kerana kami sentiasa sedia menjual kapal berkenaan sementara kes DOJ masih berjalan. Sekiranya jualan dibuat berdasarkan keadaan pasaran yang mencerminkan nilai sebenar dan mendapat harga yang adil," katanya menerusi kenyataan yang dikeluarkan Equanimity (Cayman) Limited di London, pada 30 Mac 2018.
Dengan perkembangan berkaitan, dakwaan Mahathir dan pembangkang bahawa kapal Equanimity ada kaitan dengan 1MDB adalah tidak benar sama sekali. Kapal layar inilah punca tuduhan kononnya ada duit dicuri atau kleptokrasi dibuat dan diada adakan.
Kapal layar itu dibeli bukan dengan duit 1MDB, baca SINI
Bila sudah terbukti kapal layar itu tiada kaitan dengan 1MDB, terbukti juga tuduhan pencuri dan kleptokrasi yang dibuat oleh Mahathir dan pembangkang itu adalah tidak benar sama sekali.
Cerita ini diulang ulang berkali kali oleh pembangkang untuk membuat persepsi kononnya ada duit 1MDB dicuri dan hilang untuk membeli kapal layar.
Dakwaan itu tidak benar sama sekali. Jika datang lagi dakwaan sebegitu, jawablah dengan yakin bahawa tiada wang 1MDB yang hilang. Tiada wang 1MDB yang kena curi. Kapal layar Equnimity dan Jho Low tiada kaitan dengan 1MDB. Ianya hanya persepsi yang direka oleh pembangkang semata mata.
K7L : Apa lagi?..
0 ulasan:
Post a Comment