20/04/2018

Khemah Jentera Pakatan Di Paya Jaras Ditutup Sebab Tak Puas Hati?




"Panggil Azmin, Khairuddin sendiri buka khemah jentera Pakatan di Paya Jaras"

SUNGAI BULOH - Sejak beberapa hari lepas hampir semua khemah jentera Parti Amanah Negara (AMANAH) yang ditutup serta-merta sekitar Kawasan DUN Paya Jaras, namun bukan lah disebabkan Cikgu Jaafar telah menghantar surat peletakan jawatan sebagai Pengarah Pilihan Raya parti itu. 

Mereka yang terbabit menzahirkan rasa tidak berpuas hati dengan ura-ura pencalonan Mohd. Khairuddin Othman di Paya Jaras, iaitu bekas pemimpin Pan Malaysian Islamic Party yang baru menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

“Panggil Azmin Ali dan Khairuddin sendiri buka khemah jentera PH (Pakatan Harapan).

“Setelah macam-macam penghinaan wakil rakyat PAS itu, sekarang nak minta kami petugas Amanah memenangkan pemimpin mulut celupar itu,” kata seorang pemimpin kanan AMANAH Paya Jaras waktu dihubungi, semalam.

Beliau yang enggan identitinya diketahui khalayak berkata, tindakan Azmin mencalonkan Khairuddin itu bukan sahaja seakan berjaya mematikan harapan Amanah di Paya Jaras, mungkin menyukarkan peluang menang calon PKR sendiri iaitu Mustafa Kamil Ayub untuk menawan Parlimen Sungai Buluh.

K7L : Calon yang PAS dan PAN sendiri tolak.. PKR tak ada calon dah?..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk