31/03/2018

Nurul Izzah Undang Campur Tangan Asing Lagi Dalam Pilihan Raya



Menjelang pilihan raya umum ke-14 (PRU14) macam-macam tuduhan dilemparkan oleh pembangkang dengan tuduhan paling epik dalam sejarah negara ialah `pilihan raya paling kotor'. Boleh dikatakan semua pilihan raya di negara ini tidak pernah bersih bagi pembangkang walaupun mereka menguasai Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan.

Pembangkang sebenarnya yang main kotor. Ajak orang asing untuk campur tangan di negara ini. 

20 Mac 2018 di parlimen, Mahathir sudah akui menggunakan media asing untuk campuri urusan di negara ini. Baca SINI

Tuduhan pilihan raya paling kotor itu bukan baru, malah sudah berzaman dikemukakan oleh pembangkang. Atas sebab itu mereka mengemukakan macam-macam permintaan kononnya dengan mengikut kehendak mereka, pilihan raya itu akan jadi bersih.

Masalahnya, walaupun Suruhanjaya Pilihan Raa (SPR) mengikut cadangan yang dikemukakan pembangkang, tapi apabila mereka kalah, keadaan sama juga tetap juga kata PRU kotor.

Dulu pembangkang main isu 40,000 Bangla dibawa masuk sebagai pengundi hantu, kemudian isu elektrik terputus pula dimainkan, kini mereka meminta supaya pemerhati asing dibawa masuk untuk memantau perjalanan pilihan raya negara ini.

Jika campur tangan asing itu dibenarkan, di manakah kedudukan Malaysia sebagai sebuah negara berdaulat sampai terpaksa meminta pihak asing memantaunya.

Tapi itu yang diminta oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah ketika berbahas di Parlimen semalam. Sebenarnya dari tahun lepas lagi, Nurul Izzah memainkan isu kononnya PRU14 ini adalah yang paling kotor dalam sejarah Malaysia. 

Sedangkan dalam PRU sebelum inipun, memang SPR telah mengundang pemerhati asing. 

Pada PRU13 lalu, seramai 18 pemerhati antarabangsa masuk untuk menyaksikan proses pilihan raya umum itu berjalan. Mereka ini terdiri daripada masing-masing enam wakil dari Indonesia dan Thailand, masing-masing dua dari Myanmar dan Kemboja serta dua wakil Sekretariat Asean yang juga merupakan petugas SPR di negara mereka.

Bukan itu sahaja, 1,200 pemerhati tempatan terdiri daripada 17 Pertubuhan Bukan Kerajaan telah dijemput untuk memastikan proses perjalanan pilihan raya di negara ini berintegriti, pada PRU13 lalu, tapi hasilnya, pembangkang dan BERSIH masih menganggap pilihan raya di Malaysia yang paling kotor.

Nurul Izzah agaknya terlupa di mana beliau terpaksa meminta maaf kepada Raja Nong Chik selepas mengeluarkan kenyataan fitnah dan palsu berhubung pembelian tanah dalam sidang akhbar di Bangunan Bakti, Taman Tun Dr. Ismail, iaitu sehari sebelum PRU-13.

``Saya kesal dengan kenyataan itu dan berjanji untuk tidak akan mengulangi kenyataan tersebut atau apa-apa kenyataan berkaitan dengan penerbitan kenyataan saya itu," kata Nurul Izzah ketika membacakan kenyataan maaf itu.

Permohonan maaf itu terpaksa dibuat selepas Raja Nong Chik, pada Julai 2013 telah memfailkan saman terhadap Nurul Izzah serta dua lagi kerana mengeluarkan kenyataan fitnah dan palsu itu.

Jadi dalam hal pemerhati asing ini, SPR tiada masalah untuk menjemput mereka namun bolehkah pembangkang menerima keputusan PRU14 nanti? Kalau dilayan permintaan pembangkang ini, memang pening SPR kerana apa jua yang dilakukan mereka tidak akan puas hati, jadi lebih elok diabaikan cadangan-cadangan mereka ini.

Dulu pembangkang minta SPR celup jari dengan dakwat kekal kerana kononnya ada pengundi hantu. Bila dah celup jari pun mereka masih tidak puas hati lagi. Lepas ini, eloklah celup terus kepala geng geng pembangkang ini terus dalam dakwat kekal. 

Mungkin itulah sahaja cara untuk membuatkan mereka puas hati.

K7L : Ini semua cari alasan.. gila kuasa betul..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk