13/04/2018

Seng Giaw DAP Ulangi Pendirian 1MDB: Najib Tidak Terlibat - Punca Digugurkan?




Bekas Ahli Parlimen Kepong daripada DAP, Dr Tan Seng Giaw, mengulangi pendiriannya, bahawa laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) tidak menyebut pembabitan Datuk Seri Najib Razak, dalam isu syarikat pelaburan strategik, 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Beliau yang juga bekas Timbalan Pengerusi PAC, menegaskan laporan setebal 106 muka surat tidak pernah menuding jari kepada Perdana Menteri dalam salah laku 1MDB.

Ketika ditanya sama ada laporan PAC menyentuh sama ada Najib terbabit dalam laporan itu, beliau menjawab: “Ia tidak dinyatakan”. Mengikut prinsip undang-undang negara, kita perlu mengemukakan bukti untuk menunjukkan seseorang itu terbabit dalam sebarang salah laku.

“Mengikut prinsip pengasingan kuasa di antara eksekutif, pentadbiran dan undang-undang, hanya hakim mahkamah boleh membuat keputusan, sama ada seseorang itu didapati bersalah atau tidak. Itu bukan hak saya atau anda,” katanya

Beliau turut mengkritik sesetengah pihak yang hanya bergantung kepada laporan daripada portal Sarawak Report, berhubung bukti yang menuding jari kepada Najib kononnya terbabit dalam isu 1MDB. Dalam terma undang-undang, seseorang individu perlu disiasat dengan lebih lanjut untuk mengetahui perkara yang berlaku kerana tuduhan sahaja tidak boleh menyatakan seseorang itu bersalah.

“Persepsi bukanlah bukti. Mengikut prinsip undang-undang, seseorang adalah tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah”.

Sumber : Suara TV

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk