20/04/2018

Video - Apa Benda BN Bagi Kalau Menang PRU14? - Siri 1 #BersamaBN #HebatkanNegaraku



Program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) menjadi satu keperluan penting bagi meringankan beban kewangan kumpulan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah (B40) di Kelantan, kata Pengarah Institut Penyelidikan dan Pengurusan Kemiskinan (InsPek) Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Prof Madya Dr Wan Ahmad Amir Zal Wan Ismail.

Wan Ahmad Amir Zal berkata hasil kajian Pemetaan Kemiskinan Kelantan yang dijalankan InsPek ke atas 3,000 responden di 10 jajahan di negeri ini pada tahun ini mendapati ramai golongan miskin memanfaatkan wang tersebut untuk membeli keperluan asas terutama makanan.

“Daripada kajian tersebut kita temui memang ada responden miskin yang tidak mampu untuk membeli makanan dan mereka memanfaatkan sumbangan BR1M untuk menampung keperluan itu,” katanya kepada pemberita di Program Perbincangan Meja Bulat InsPeK Siri 2 baru-baru ini.

Majlis berkenaan yang dirasmikan Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Prof Dr Mohd Hassan Mohd Osman itu turut dihadiri Anggota Bersekutu InsPeK Prof Madya Dr Nobaya Ahmad.

Program tersebut memberi ruang perkongsian pengalaman dan kepakaran antara badan bukan kerajaan dalam usaha merangka model umum dan resolusi pengurusan kemiskinan di negara ini khususnya di Kelantan.

Sementara itu, dalam perkembangan lain Wan Ahmad Amir Zal berkata walaupun kadar pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Kelantan mencecah 4.8 peratus tahun lepas dan menyamai Selangor, masyarakatnya masih berdepan kesukaran untuk keluar daripada kepompong kemiskinan.

Beliau berkata kajian yang dijalankan pihaknya mendapati faktor ekonomi bukan satu-satunya punca keadaan tersebut berlaku tetapi turut dipengaruhi faktor lain termasuk budaya hidup, pengetahuan, kemahiran, hubungan sosial dan faktor persekitaran.

“Masalah sikap dan cara hidup masyarakat mempunyai kaitan dengan masalah kemiskinan di negeri ini. Terdapat responden yang mempunyai sikap tidak mahu memajukan diri seperti bangun lewat sehingga 11 pagi walaupun menyedari mereka miskin dengan alasan tiada kerja untuk dilakukan,” katanya.

Beliau berkata walaupun terdapat sistem sokongan seperti projek penjanaan ekonomi yang diperuntukkan daripada pelbagai agensi kepada golongan terbabit namun ia kurang berjaya apabila hanya dilaksanakan separuh jalan menyebabkan mereka hilang sumber pendapatan.

Dalam pada itu, katanya Kelantan mempunyai potensi besar daripada segi ekonomi seperti ditunjukkan KDNK tahun lalu namun ia dikekangi faktor demografi penduduk yang mempunyai ramai warga emas, pasaran yang terhad dan faktor politik.

Bagaimanapun katanya keterbukaan yang ditunjukkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak terhadap pembangunan khususnya di Kelantan ketika ini dijangka mampu meningkatkan perkembangan ekonomi di negeri berkenaan.

Untuk rekod sehingga April lalu data e-Kasih menunjukkan terdapat 10,089 orang miskin tegar dan 41,320 orang miskin di Kelantan.

0 ulasan:

Post a comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk