16/04/2018

Senarai 23 Perkara Yang Lim Guan Eng Takut Nak Dengar!



Kita yakin apa yang LGE buat selama ini adalah penuh dengan nilai-nilai korupsi yang tinggi. Apa yang berlaku hari ini, DAP dilihat sudah terlalu banyak menjual "maruah' mereka.

Sebelum ini Ketua Menteri daripada Melaka sebab DAP Penang tak ada calon bagus dan terbaru DAP takut nak bertanding pakai logo sendiri sebab takut kalah. Kini manifesto BN Pulau Pinang amatlah ditakuti oleh DAP.


Antara perkara penting :

1. Membina 65,000 unit Rumah Mampu Milik (Dalam Tempoh 5 tahun)

2. Hapuskan SURCAJ Air.

3. Bantuan Warga Emas dinaikkan kepada RM300 setahun dan dibayar RM150 setiap 6 bulan.

4. Batalkan Projek Terowong Dasar Laut antara Bagan Ajam ke Persiaran Gurney.

5. Memberhentikan pembangunan di kawasan bukit dan lereng-lereng bukit serta merta bagi kawasan 250 kaki paras laut.

6. Melaksanakan Pelan Induk Pencegahan Banjir Negeri Pulau Pinang.

7. Memperkenalkan Skim Perumahan Sewa dan Beli.

8. Jualan Rumah Kos Rendah ditetapkan pada kadar harga RM40,000.00 seunit dan Rumah Kos Sederhana Rendah ditetapkan pada kadar harga RM80,000.00 - RM 120,000.00 termasuk satu tempat letak kereta percuma.

9. Status tanah pertanian akan dibekalkan.

10. Melaksanakan Pelan Penyuraian Kesesakan Lalulintas.

11. Membangunkan tempat letak kereta bertingkat di kawasan yang kritikal.

12. Pekerja-pekerja kontrak MPSP dan MBPP akan diserapkan sebagai pekerja tetap dibawah satu perbadanan yang akan diwujudkan.

13. Sewa tapak penjaja pasar, gerai dan tapak penjaja sementara diturunkan pada kadar RM10 sebulan.

14. Menghapuskan Caj Pos dan Caj lain yang dikenakan untuk pembayaran bil.

15. Pemberian Air Percuma kepada Miskin Tegar.

16. Tiada kenaikan tariff air kediaman selama 5 tahun.

17. Cukai pintu dan cukai tanah untuk kos rendah, sederhana rendah dan rumah kampung dikecuali

18. Caj parking di bawak seliaan MPSP dan MBPP dikecualikan

19. Geran Tahunan kepada PIBG dan Persatuan Bekas Pelajar seluruh sekolah di Pulau Pinang.

20. Pemberian subsidi tambang bas sekolah kepada isi rumah yang layak.

21. Peruntukan RM15 juta setahun untuk Sekolah Jenis Kebangsaan, Sekolah Agama Rakyat dan Sekolah Persendirian Cina.

22. Mewujudkan semula Fiesta Muzik Dunia untuk menarik pelancong.

23. Bangunan Warisan tidak akan dan tidak boleh dijual kepada warga asing.

K7L : Undilah Barisan Nasiona kerana 51 Janji DAP Gagal dilaksanakan.

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk