07/10/2017
Penjawat Awam Komited - Malaysia Pelaku Global Part 2
20:30
No comments
Hakikatnya, sejak mengambil alih pentadbiran negara pada April 2009, saya telah memperkenalkan Dasar Transformasi Nasional atau DTN, yang amat menitik beratkan kualiti sistem penyampaian perkhidmatan awam yang cekap dan berkualiti.
Dengan kesungguhan penjawat awam sebagai tulang belakang kepada prakarsa-prakarsa seperti yang kita rancangkan, pelbagai kejayaan serta pencapaian telah diperolehi oleh negara dengan pengabsahkan oleh Badan-Badan Pemiawaian berwibawa.
Kita sentiasa bersyukur kepada Allah, melalui pelbagai inisiatif sejak tahun 2009, di bawah NBOS khususnya, Kerajaan telah berjaya menjimatkan sejumlah lebih RM3.5 bilion perbelanjaan negara, melalui pelbagai program berimpak tinggi, dengan kos yang lebih rendah, tanpa berkompromi tentang kualiti dan kuantiti.
Selain itu, pelbagai kejayaan dan pencapaian telah diraih oleh negara antaranya:-
Pertama: Kita telah berjaya mengurangkan defisit fiskal daripada 6.7 peratus pada tahun 2009 kepada 3.1 peratus tahun 2016.
Kedua: Dalam tempoh 2009 sehingga 2016, sebanyak 2.26 juta peluang pekerjaan telah berjaya diwujudkan, iaitu pencapaian 69 peratus daripada 3.3 juta yang kita sasarkan pada tahun 2020.
Ketiga: Berdasarkan Indeks Keamanan Global 2017, Malaysia telah berjaya mengekalkan kedudukan sebagai negara ketiga paling aman di rantau Asia dan ke-29 daripada 163 negara paling aman di dunia.
Keempat: Dalam Doing Business Report 2017 oleh Bank Dunia, Malaysia berada pada posisi ke-23 dalam Ease of Doing Business dalam kalangan 189 buah negara; dan
Kelima: Nilai perdagangan Malaysia antara Januari dan Julai tahun ini mencapai RM1.008 trilion, meningkat sebanyak 22.7 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas.
Sesungguhnya, dunia kini sedang diselubungi oleh pelbagai ketidaktentuan. Mengambil pengajaran itu, saya ingin menyentuh tiga cabaran utama yang bakal kita tempuhi iaitu:
Pertamanya: Mendepani era “the new order”, geopolitik dan keamanan sejagat. Realitinya, negara kini sedang berdepan dengan cabaran risiko geopolitik baharu dunia yang serius antaranya membabitkan krisis di antara negara-negara Islam di Teluk, program nuklear Korea Utara dan implikasi Brexit.
Malah, sejak akhir-akhir ini pula, kes-kes keganasan, letupan dan pengeboman di tempat-tempat awam oleh kumpulan-kumpulan pengganas dan ekstremisme di pelbagai sudut dunia.
Kita perlu beringat-ingat bahawa, seandainya krisis dan ancaman ini tidak dibendung dengan sebaik mungkin, tempiasnya mungkin akan merebak dan menimpa negara kita. Mohon Allah Jauhkan daripadanya.
Oleh sebab itu, Kerajaan sentiasa memantau situasi keamanan dan keselamatan negara, sekaligus berusaha mempastikan agar para penjawat awam tidak terpengaruh apatah lagi terlibat dengan kegiatan puak pelampau ini seperti Daesh dan IS, yang telah menyalahtafsirkan konsep jihad sebenar.
Keduanya: Dalam memelihara kepentingan dan memenuhi kehendak serta kebajikan rakyat, Kerajaan telah melaksanakan prakarsa-prakarsa strategik di bawah lembayung Dasar Transformasi Nasional demi memacu Malaysia menjadi sebuah negara maju berpendapatan tinggi.
Untuk meringankan beban kos sara hidup rakyat khususnya dalam kalangan B40 dan M40, Kerajaan berusaha gigih menyalurkan pelbagai bantuan dan inisiatif kepada golongan masyarakat yang memerlukan tidak kira di bandar mahupun luar bandar.
Antaranya, inisiatif dan bantuan di bawah jenama 1Malaysia seperti, BR1M, Projek Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia, PR1MA serta Klinik 1Malaysia, Kad Diskaun Siswa 1Malaysia dan bantuan-bantuan kepada para petani, pekebun kecil, nelayan serta para peneroka FELDA dan bermacam lagi subsidi, akan terus diperuntuk serta dipergiat demi kebajikan masyarakat teramai.
Selain itu, Kerajaan ini akan terus memfokus kepada Projek-Projek Infra-Rakyat seperti MRT yang jelas bertaraf dunia dan jajaran pertamanya sudahpun berjaya kita siapkan, bakal membawa impak kepada 500 ribu pengguna setiap hari. Begitulah juga dengan projek-projek East Coast Rail Link dan High Speed Rail yang kini sedang rancak dan bakal dibina.
Menjengah kemudahan prasarana kepada saudara serta saudari kita di Sabah dan Sarawak pula, kita telah mengotakan janji melalui pembinaan Lebuhraya Pan-Borneo. Moga-moga saudara dan saudari kita di Sabah dan Sarawak berasa gembira dengan limpahan kemajuan yang tiba di kaki-kaki kampung halaman masing-masing. Malah, kawasan-kawasan terpencil seperti Kapit dan Ulu Song yang sebelum ini terputus hubungan, kini turut bersama merasa nikmat kemajuan.
Ketiganya: Kemunculan gelombang teknologi baharu yang dikenali sebagai ‘The Fourth Industrial Revolution’ yakni Revolusi Perindustrian Keempat atau IR 4.0 dan era ‘Digital Economy’ atau Ekonomi Digital yang menyebabkan Kerajaan terus berusaha dalam menjayakan Dasar Digital Malaysia.
Sememangnya, IR 4.0 ini berlaku melalui tiga ciri utama iaitu velocity atau kelajuan, breadth and depth atau keluasan dan kedalaman serta systems impact atau impak menyeluruh.
Ini menyebabkan dunia pada masa hadapan akan dipenuhi dengan fenomena-fenomena yang tidak pernah tergambar dek fikiran seperti autonomous car, quantum computing dan artificial intelligence.
Kesemuanya ini menuntut keupayaan perkhidmatan awam dalam memberi respon segera kepada pelbagai teknologi yang mengkacau-ganggu, atau bersifat disruptif ini dan bersedia dengan pendekatan yang lebih segar lagi multi-dimensional serta kombinasi top-down dan bottom-up, inside-out serta outside-in, khususnya dalam penggubalan dasar, regulasi baharu yang merangkumi hak dan privasi pelanggan, keselamatan, pendidikan, ekonomi serta teknologi pintar.
Untuk mara ke hadapan, dalam usaha membina ketamadunan yang lebih cerah lagi unggul, kita tidak boleh sekadar bernostalgia atau hanya bergantung kepada prestasi hari semalam.
Justeru itu, demi mewajah masa depan dalam melakar perjalanan mendakapi aspirasi TN50, Perkhidmatan Awam hendaklah berpegang kepada 6 Falsafah dan Garis Besar Haluan Menuju TN50.
Pertamanya: Seandainya secara sedar atau pun tidak, pembentukan negara bangsa Malaysia telah dan untuk tempoh 30 tahun mendatang, dicorakkan atas kanvas KERANGKA MAQASID SYARIAH, makanya, perkhidmatan awam sudah semestinya juga, berpandukan jalur-jalur Manhaj yang sudah pun tersulam asasnya, sejak sekian lama, sekurang-kurangnya 60 tahun yang lalu.
Sepanjang tempoh 6 dekad ini, perkhidmatan awam telah bergerak pada landasan yang sama, seiring sejalan dengan Kerajaan, sehingga Malaysia diiktiraf sebagai sebuah negara Islam progresif lagi dinamik, bermanhajkan Maqasid Syariah, dengan berpegang kepada prinsip Wasatiyyah atau moderation, Perlembangaan Persekutuan dan Ideologi Kebangsaan yang kukuh serta tentunya kesinambungan gagasan-gagasan pucuk pimpinan Kerajaan.
Sebenarnya, manhaj Maqasid Syariah yang dipegang oleh Kerajaan, mensasarkan kepada maslahah umum yakni yang mendatangkan kebaikan kepada rakyat terbanyak, dengan mengambil kira tahap kemampuan kebertanggungjawaban Kerajaan mengikut 3 keutamaan, sama ada di peringkat DHA-RU-RIYAT yakni KEPERLUAN ASAS YANG PALING UTAMA, sesuatu yang tidak boleh tidak tanpanya.
Manakala HA-JIY-YAT pula, berkaitan dengan KEHENDAK DAN KEPERLUAN UMUM yang membawa kepada kelapangan hidup, TETAPI TIDAK TERLALU MENDESAK serta ketiganya, TAH-SI-NIYAT sebagai PENGHIAS, PENCANTIK DAN BERSIFAT PENGINDAH semata-mata, dalam memberi kesempurnaan hidup.
Ditambah lagi di peringkat DHA-RU-RIYAT, yang amat mementingkan kepada usaha berterusan dalam pemeliharaan lima prinsip asas utama kehidupan iaitu agama, nyawa, akal, harta benda serta keturunan, khususnya dalam hal-ehwal pembangunan dan kebajikan rakyat serta memajukan negara.
Kesemua dasar, usaha dan pendekatan ini terbukti telah membuahkan hasil apabila laporan State of The Global Islamic Economy 2016/2017 oleh Thomson Reuters, kita bukan sahaja telah menduduki tangga pertama secara keseluruhan daripada senarai 73 buah negara di dunia, bahkan turut diakui sebagai ‘the best developed ecosystem for Islamic Finance in the world, sekaligus KWSP negara ini dilaporkan mempunyai Islamic Saving Plan yakni Pelan Penyimpanan Islam yang terbesar di dunia.
Kedua: Tahun 2017 sebagai “Year of Delivery” atau Tahun Penyampaian, sebagai fokus dan bidang keutamaan. Ertinya, jentera perkhidmatan awam perlu mempastikan bahawa, penyampaian perkhidmatan bukan sahaja dari segi fizikal, tetapi juga mempunyai nilai kepada rakyat dalam mempastikan segala projek, insiatif dan bantuan yang telah dirancang, benar-benar sampai kepada rakyat.
Jika tidak, sia-sialah segala perancangan dan dasar yang telah digubal oleh Kerajaan, termasuklah pelbagai bajet yang telah diperuntukkan, namun dek kerana salah penyampaian, maka berlakulah ketirisan dan gagal-lah matlamat Kerajaan.
Lantaran itu, aspek delivery atau penyampaian ini, perlu berdarah daging dan bersebati dengan Perkhidmatan Awam, sampai kepada tahap apabila disebut tentang Penyampaian Yang Cekap, ia seharusnya sinonim dengan Perkhidmatan Awam Malaysia. Itulah setinggi-tinggi matlamat yang kita dambakan.
Oleh yang demikian, effective and efficient delivery, Perkhidmatan Awam, yang bukan sahaja menjadi slogan pada tahun ini, tetapi saya tahu pasti bahawa, ia telah menjadi iltizam sejak sekian lama kepada perkhidmatan ini apa yang penting ia mesti terus diperkasakan lagi.
Jadinya, Pengukuhan dan Pemerkasaan Perkhidmatan Awam harus bertumpu dengan menjadikan perkhidmatan awam yang lebih berfokus kepada rakyat, inklusif, dengan penyertaan komuniti dan berbudaya kerja serta perkhidmatan par excellence dan mempunyai nilai-nilai murni yang membawa kepada keutuhan organisasi.
Selain itu, saya menyeru agar para penjawat awam tidak bekerja dan terus terkongkong dalam ‘silo’ masing-masing atau mengamalkan “turf management”, yakni mengatakan itu hak kita, orang lain jangan campur tangan atau ambil kisah, sehingga boleh mengundang karenah birokrasi yang menyukarkan rakyat.
Sedangkan amanah dan tanggungjawab Perkhidmatan Awam, adalah sebagai pemudahcara dalam memberi perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat. Barulah secara kolektifnya, Kerajaan akan dipandang tinggi dan dihormati oleh rakyat.
Satu lagi nilai yang sangat penting dalam kepimpinan dan organisasi ialah prinsip Wala’ dan Kesetiaan, yakni memberi kepatuhan, sumpah setia, ketaatan serta bai’ah yang wajib kepada seseorang pemimpin yang sah dan institusi kepemimpinan serta kemuncaknya anggota pentadbiran Kerajaan,
Selagi mana, radar kepimpinan dan kepemimpinan itu masih kekal berada dalam parameter maslahah umum serta tidak terjadinya unsur-unsur kezaliman.
Pokoknya, jika prinsip dan nilai Wala’ serta Kesetiaan ini menjadi amalan dalam Perkhidmatan Awam, barulah adanya disiplin dan kelancaran dalam organisasi yang menunjangi Kerajaan ini.
Malahan, Ibnu Khaldun sendiri, seorang tokoh ilmuwan besar Islam yang sangat terkenal dengan karya agungnya, “Muqaddimah”, bukan sahaja menghuraikan tentang ketamadunan secara umum, bahkan turut mengupas tentang kepentingan sifat kesetiaan sebagai pemacu kepada tadbir urus yang profesional.
Turut disebut oleh Ibnu Khaldun lagi, bahawa, golongan yang memiliki nilai kesetiaan tinggi adalah mereka yang hingga sanggup berkorban nyawa dalam melunasi setiap amanah yang diberikan. Begitulah tingginya nilai Wala’ dan Kesetiaan dalam organisasi seperti yang dituntut dalam ajaran agama.
Keempat: Budaya Kerja Di Luar Kelaziman yang bermaksud, bekerja melepasi dan melangkaui tahap keupayaan lazim atau kebiasaan, di luar lingkungan kotak pemikiran biasa, demi keberhasilan yang luar biasa.
Ini termasuklah juga meraikan idea-idea baharu dan sentiasa melakukan penambahbaikan, demi mencapai keberhasilan, selain mempiawai diri serta meningkatkan kompetensi dan nilai tambah, supaya our benchmarking, bukan lagi sekadar menjadi jaguh kampung, akan tetapi untuk menjadi Pelaku Global yang lebih sistematik dan berdaya maju.
Selanjutnya, Kerajaan juga menyarankan agar, para penjawat awam di negara ini terus melipat gandakan usaha, dalam melatih diri menjadi multi-tasking, multi-skills dan multi-talented, berbudaya kreatif lagi berinovatif, yang mampu menyumbang kepada budaya kerja ‘high productivity’, ‘high value’, ‘high thinking’, ‘high skills’ dan ‘highly motivated’, untuk sentiasa bekerja keras bagi mencapai kejayaan untuk negara.
Dalam hal demikian, pada minggu lepas, Kerajaan telah mentransformasi dan menjenamakan semula Institusi TVET di negara ini menjadi “TVET Malaysia”, dengan menggabungkan 7 Kementerian di bawah satu kolaborasi unggul lagi bersepadu, bagi melatih warga dan anak-anak muda Malaysia untuk menjadi tenaga kerja teknikal yang berkemahiran tinggi.
Mustahaknya di sini, civil servants must transform to be more efficient, breaking the traditional boundaries, to go beyond the usual achievements, and more importantly, we must always raise the bar high and continue to keep the bar high to create more success stories for Malaysia.
Kelima: Menjengah masa depan, ke arah Revolusi Perindustrian Keempat dan Ekonomi Digital Menuju TN50, dunia kontemporari kini berada dalam transisi, yang bakal menyaksikan massive structural change dan membawa bersamanya teknologi yang bersifat disruptif dan breakthrough;
Daripada robotik dan artificial intelligence kepada teknologi nano; daripada the Internet of Things kepada analitik kesihatan, yang membawa satu quantum leap kepada kehidupan kita.
Ketika itu, negara bakal menikmati kebestarian kehidupan, merangkumi pelbagai bidang seperti smart energy, smart mobility, smart healthcare, smart infrastructure, smart governance and smart citizens.
Berhubung itu, berbalik kepada realiti Malaysia dan Perkhidmatan Awam khususnya serta pasaran kerja dunia secara keseluruhannya, telah mula timbulnya kebimbangan bahawa pelbagai sektor dan bidang pekerjaan tidak lagi wujud, sebaliknya diambil alih oleh teknologi terkini seperti artificial intelligence dan automasi.
Dalam konteks yang lebih luas, kerana itulah Kerajaan ini mempunyai visi yang menjangkau jauh ke depan, dengan mengambil serius akan perkembangan semasa dan berusaha melakukan langkah-langkah proaktif dalam menangani hal tersebut, dengan menceburi bidang Digital Economy yang dianggap sebagai industry of the future. Di sinilah, sebagai sebuah Kerajaan kita perlu menggunakan teknologi digital untuk melonjakkan mutu penyampaian perkhidmatan.
Apa yang ingin saya katakan adalah, bermula dari sekarang kita bukan lagi seperti lazimnya bekerja keras semata-mata, tetapi urusan kerja dapat dimangkinkan dengan hasil lonjakan yang berganda melalui penggunaan kemudahan kemajuan bidang teknologi digital seperti membolehkan orang ramai memperbaharui lesen, cukai jalan, pasport, penggunaan sistem MyEG, hinggakan laporan polis pun boleh dibuat secara online.
Akhir sekali, Falsafah dan Garis Besar Haluan yang keenam kepada Perkhidmatan Awam Menuju TN50 adalah Merekayasa Malaysia untuk menjadi negara maju yang mencapai pengertian Al-Falah, yakni Par Excellence Duniawi dan Par Excellence Ukhrawi, sebagaimana yang diseru dalam surah Al-Baqarah ayat 201.
Sesungguhnya lagi, tiada siapa yang tahu, apakah rupa bentuk dan wajah dunia amnya dan Malaysia khususnya, tatkala menyinsing fajar subuh tahun 2050 kelak.
Akan tetapi, Allah SWT sukakan hamba-hambanya terus merancang masa depan, bekerja dan bertawakal, tanpa duduk bersimpuh dengan hanya berserah kepada keadaan serta nasib.
Lalunya, dari perspektif Perkhidmatan Awam, saya menyeru kepada semua penjawat awam supaya membuat persediaan rapi dan merencana strategi berkesan dari sekarang, khususnya untuk menongkah dengan beberapa fasa perubahan menuju TN50, di mana Malaysia disasarkan akan menjadi:
i) High Income Advanced Economy pada tahun 2020;
ii) Nilaian ekonomi dan dagangan semasa menjadi 2 trilion ringgit pada tahun 2025;
iii) Revolusi Perindustrian Keempat mula memberikan impak yang signifikan pada tahun 2030;
iv) Negara kompetitif bersifat hampir ‘zero defects’ pada tahun 2040; dan
v) Sebuah ketamadunan unggul, tersenarai dalam gelanggang kelompok 20 negara termaju dan terbaik di dunia.
Apa yang mustahak, di kala kita menggariskan haluan Par Excellence Duniawi dan Par Excellence Ukhrawi, generasi Perkhidmatan Awam yang ada kini dan akan datang dicungkil bakat, diasuh serta diasah bukan sekadar dilengkapi dengan kemahiran duniawi, akan tetapi sewajibnya dibekalkan dengan nilai-nilai murni sejagat dan Islami, supaya bila tibanya tahun 2050 nanti, akan lahirnya Malaysia yang terimbang kemajuannya memenuhi tuntutan duniawi dan ukhrawi.
Saya faham, ramai yang ternanti-nanti akan pengumuman-pengumuman tertentu. InsyaAllah, beberapa khabar gembira dan penambahbaikan untuk semua penjawat awam akan diumumkan dalam Bajet 2018 pada 27 haribulan Oktober ini nanti.
Jelasnya, Alhamdulillah, kita mengatur syukur atas nikmat kurniaan Allah, terutama sejak beberapa bulan ini, selain menyambut Hari Kebangsaan ke-60 dan Hari Malaysia, negara ini telah dijulang sebagai Juara Keseluruhan dalam Temasya Sukan Sea Ke-29 dan tempat Kedua di Sukan Para ASEAN Ke-9, yang telah menyemarakkan semangat patriotisme dan cinta kasih rakyat kepada negara secara yang amat positif. Mudah-mudahan semangat yang membentuk solidariti padu antara sesama rakyat ini akan terus marak dan menyala demi kestabilan Malaysia yang tercinta.
Setelah hampir genap setahun, gagasan TN50 diperkenalkan, maka pada pagi ini juga, saya ingin melancarkan BUKU FALSAFAH ASAS TN50.
Walaupun begitu, kandungan buku ini bukanlah sesuatu manual yang sudah lengkap, namun, ia adalah falsafah asas yang terpandu dan terkumpul daripada siri-siri dialog sepanjang setahun lalu.
Lantaran, saya mahu dari semasa ke semasa agar Falsafah TN50 terus subur, mekar berkembang, dibahas dan diwacana dengan dinamiknya, menjadi landasan arah tuju negara, sebagaimana gagasan 1Malaysia.
Mudah-mudahan, Perkhidmatan Awam Negara akan terus menjadi pasak yang membina, tunjang yang mengukuh, di mana para Penjawat Awamnya pula adalah sebahagian daripada generasi Khayra Ummah, yang menjadi benteng Kerajaan, Mengakar lagi Mengumbi, Mengharum lagi Mewangi, megah tersohor, Duniawi dan Ukhrawi. InsyaAllah.
K7L : PM hargai penjawat awam..
Nak Pesan Awal-Awal
Keris 7 Lok kata :korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...
Arkib Keris 7 Lok
-
▼
2017
(367)
-
▼
October
(97)
- Ketua Armada PPBM Bengap Dan Tak Layak Jadi Pemimpin?
- Pembangkang Janji Nak Hapus Tol Tapi Tetap Tak Hapus!
- Bajet 2018 - Realiti Atau Retorik?
- Khalid Samad Tuduh PAS Lari - Pengundi Shah Alam A...
- Pendidikan Percuma - Unisel Apa Jadi @AzminAli ?
- Apa Isu Tol Batu Tiga Dan Sungai Rasau?
- Apa Sebenarnya Ada Pada #Bajet2018 ? #KekalNajib
- Guan Eng Merah Padam Sebab Pantun Ini Sampai Tak B...
- Ayat Ini Punca Azmin Ali Meroyan Tak Sudah?
- Lawak #Bajet2018 Yang Kita Dapat Jangka
- #Bajet2018 Tun Daim Orang Mahathir Setuju Dengan G...
- #Bajet2018 - Azmin Akui GST Taoi Kenapa Bajet Auta...
- #Bajet2018 10 Perkara Pelik & Meragukan Dalam Baje...
- Kat Mana Nak Tengok PM Bentang #Bajet2018
- Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Malukan Lim Guan Eng?
- ADUN DAP Hentam Lim Guan Eng Pasal Tanah Runtuh?
- Surat Reject Dari JAS Pun Ada - Guan Eng Nak Lari ...
- Rahman Dahalan Smash Bajet Altenatif Sampai Pakata...
- 4 Tahun Hilang Dari Radar - @n_izzah Muncul Dari B...
- DAP Kini Jadi 'Developer Action Party'
- Apa Sebenarnya Ada Pada #Bajet2018 Nanti? #KekalNajib
- Lim Kit Siang Kini Duduk Dalam Gua Pasal Anaknya?
- Tanah Runtuh - Satu Lagi Malapetaka Angkara DAP
- Surat Terbuka Orang Cina Penang Kepada Lim Guan Eng?
- Tips Untuk Musim Panas! Sebarkan!
- Kisah Wan Azizah Menangis Terkenang Dosa Mahathir?
- Caj Untuk Penerbangan Ke Luar Negara - Satu Pencer...
- Jabatan Alam Sekitar Tak Luluskan Tapi Projek Jala...
- Siapa Ketua Dalam Pakatan Melalui Jumlah Kerusi Di...
- Kadar Kemiskinan Zaman Mahathir vs Zaman Najib! #K...
- Muhyiddin Sedang Pertimbang Untuk Keluar Daripada ...
- Peluang Jatuhkan Islam Oleh DAP Semakin Menjadi Ke...
- Orang Indonesia Berdemo Sebab Marah Pada Mahathir?
- Trgaedi Tanjung Bungah - DAP Dibuktikan Degil?
- Pakatan Panik Sokongan Orang Cina Mula Tipis?
- Harakah Daily Hentam Tun Mahathir - PAS Bermusuh D...
- Video Yang Menjadi Mimpi Ngeri Hadirin Himpunan Kl...
- Mahathir Dibuli DAP - Patut Dah Tua Duduk Rumah Sa...
- Peraturan Asas Politik Di Malaysia Oleh Penyokong ...
- Mahathir BR1M Rasuah - LGE BR1M Akan Tetap Bayar
- Kit Siang Sembunyi Cita-Cita Sebenarnya! - Salled ...
- Malaysia Nak Bina Hospital Lapangan Bukan Hospital...
- Mahathir Sebut PM Perompak - Zaman Dia Confirm Ken...
- Dulu Kutuk PAS Sekarang Kutip Derma Juga?
- Ustaz Fadzil Noor Pernah Doa Untuk Mahathir Supaya...
- Himpunan Klepetokrasi Hanya Dry Run - Kini Pakatan...
- Ab Rashid Jadi Pengerusi SPR Zaman Mahathir! Janga...
- Mahathir Sahkan Penjawat Awam Tak Sebulu Akan Dibu...
- @Ahmad_Idham Kena Terima Cerita Tak Laku Bukan Sal...
- Mahathir Dah Jadi Gila - Hina Keturunan Bugis Inga...
- Siapa Tahu Rafizi Pergi Mana Masa Himpunan #Klepto...
- Isu Pesta Arak - Exco PAS Selangor Sedia Letak Jaw...
- Siapa Sebenarnya Yang Amalkan #KleptokrasiAbahKau?...
- Kepeningan Pakatan Harapan - Siapa Yang #KELEPETok...
- Mat Sabu Salahkan Budak Muda Yang Tak Mahu Jadi Be...
- Tahniah Himpunan #KleptokrasiAbahKau - 2% Sahaja H...
- #KleptokrasiAbahKau - Himpunan Paling Hipokrit!
- Bapa #KleptokrasiAbahKau Malaysia vs Ekonomi Malay...
- Ceramah Hapus Kleptokrasi Dihadiri 16 Orang Sahaja?
- Guan Eng Takut Nak Buat CEC - Bimbang Kalah?
- Cina Indonesia vs Cina Malaysia - Dr Ridhuan Tee U...
- Apakah Reformis Sudah Lupa Apa Mahathir Buat Pada ...
- Ramasamy Tidak Yakin PKR atau PPBM Untuk Jadi PM M...
- Najibnomics Buatkan Mahathir Marah Dan Hampir Saki...
- Orang Cina Kata Agenda DAP Bahayakan Masa Depan Ka...
- Tawaran 100 Hari Berkuasa Harapan Penuh Tipu Daya!
- Respon Rakyat Apabila Mahathir Pergi Solat Hajat B...
- Tuanku Permaisuri Smash Rakyat Tak Sedar Diri Pasa...
- Mahathir Dah Minta Maaf Dengan Mereka Yang Dia Jat...
- Penyokong Tegar Pembangkang Maki MB Selangor?
- Mahathir #TakTahu DAP Rasis Atau Tidak? @RazlanRaf...
- #RinduZamanTun - Video Ini Buat Orang Marah Kepada...
- Exco Perumahan Selangor Lebih Pentingkan Pesta Ara...
- Semua Ini Salah Najib? - Senarai Kesalahan Najib Y...
- Terbukti Azmin Hanya Akur Kepada Arahan Kit Siang?
- Penjawat Awam Komited - Malaysia Pelaku Global Part 2
- Mahathir Mengamuk Sebab Berita Ini Kepada Tun Daim?
- Orang Yang Penjarakan Anwar Buat Solat Hajat Untuk...
- Penjawat Awam Komited - Malaysia Pelaku Global Part 1
- 1997 Anwar Tak Boleh! - 2017 Anwar Perlu Dibebaskan!
- Pembangkang Mahu Buang 700,000 Penjawat Awam Untuk...
- Azmin Ali Sah Bagi Approval Untuk Pesta Arak?
- PPBM Dibubarkan Sebab Mahathir Nak Masuk DAP?
- PH Takut Nak Hantar Nama Calon Ke SPRM?
- DAP Sifar Sultan Oleh Wan JI? - Apa Kata Orang Mel...
- DAP Tak Pernah Minta Maaf Pada Mahathir - Bersatu ...
- Datuk Rizal Mansor Terus Sindir Rafizi - Bila Rafi...
- Mdaey Beli Kit Siang RM1B? - Itu Syed Saddiq Jual ...
- DAP Perlu Diharamkan Di Malaysia - Datuk Huan Chen...
- Syed Saddiq Nak Dibeli Dengan Harga RM5 Juta?
- Calon Undi Tempat Lain - Trend Pembangkang Ketandu...
- Rafizi Disabotaj PKR Sampai Beri Ceramah Depan Ker...
- #RafiziBayarRafizi - Hanya Maki Bodoh Setelah Kant...
- Perubahan Kenyataan Oleh Pembangkang Pasal SPRM!
- #RafiziBayarRafizi - @RafiziRamli Siapa Yang Bodoh...
- Kit Siang Panggil Orang SPRM Monyet? - Bila Kena O...
- Apa Mahathir Cakap Pasal Orang Cina? #DuluDanSekarang
-
▼
October
(97)
0 ulasan:
Post a Comment