19/10/2015

DAP Cadangkan PAS Bertanding Ikut Tempat - Hadi Ludah Muka Kit Siang?



PAS menolak cadangan pembahagian kerusi yang dicadangkan bekas rakan sekutunya dalam pakatan pembangkang, DAP, untuk Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan parti itu akan bertanding di seluruh negara, malah akan menambah jumlah kerusi yang akan ditandinginya.

"Kita parti peringkat nasional dan kita bertanding di seluruh negara... belum ada DAP kita dah bertanding (pada pilihan raya umum). Kita bukan parti kenegerian dan parti perkauman," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Himpunan Fastaqim (Himpunan Kebangkitan) di Stadium Sultan Muhammad ke-IV di Kota Baru, malam tadi.

Beliau mengulas mengenai cadangan DAP sebelum ini yang mengemukakan formula pengagihan kerusi dalam kalangan parti pembangkang bagi mengelak pertandingan 3 penjuru yang hanya menguntungkan Barisan Nasional (BN).

Pengerusi DAP Lim Kit Siang dipetik sebagai berkata satu-satunya cara ialah PAS bertanding di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis manakala Parti Amanah Negara (Amanah) pula bertanding di negeri lain yang tertakluk atas persetujuan parti pembangkang lain.

Ditanya mengenai ancaman Amanah terhadap parti itu selepas kebanyakan anggota PAS beralih arah kepada parti serpihan itu, Hadi yang juga anggota Parlimen Marang menganggap perkara berkenaan hanya perkara kecil.

"Kepada kita, Amanah ini tidak ada apa-apa cabaran yang besar kepada PAS. PAS pernah menghadapi cabaran lebih besar daripada ini terutama pada 1978 yang menyebabkan rakyat Kelantan buat demonstrasi sehingga menyebabkan kerajaan Kelantan jatuh.

"Namun demikian kita dapat melangsungkan perjuangan kita dengan cara yang baik dan kita dapat meningkatkan bukan sahaja anggota parti, bahkan meningkatkan pengurusan parti," katanya. – Bernama,18 Oktober, 2015.
Kah Kah Kah! DAP kena ludah dengan Presiden PAS? Dimalukan selepas menidakkan. Sebelum ini kita dengar PAS ditekan oleh DAP untuk keluar daripada Pakatan termasuk didesak letak jawatan di Selangor.

Tetapi sekarang ini DAP berpendirian untuk melihat PAS bertanding mengikut agihan kerusi. Aik? Pelik bukan? Ini untuk rakyat atau untuk kelangsungan DAP? Cuba pembaca fikirkan.

K7L : Kelakar dah drama ni.. episod lawak telah bermula!.. 

3 ulasan:

  1. Sekarang DAP lebih Islam dari UMNO. PAN lebih baik dari PAS. Sekarang DAP rasa dia dah kuat

    ReplyDelete
  2. Badi berpelukan dgn LKS blm habis lagi.

    ReplyDelete
  3. nak tengok geng2 pengkhianat mat sabu tanding lawan PAS...boleh menang ke tak... suruh letak jawatn nak PRK pun tak berani...

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk