31/10/2017

Bajet 2018 - Realiti Atau Retorik?



Berbeza dari belanjawan pembangkang yang hanya mementingkan syarikat luar negara, barangan import dan golongan tertentu sahaja, Bajet 2018 yang dibentangkan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini adalah yang paling menyeluruh untuk segenap lapisan rakyat di Malaysia.

Daripada pegawai tinggi kerajaan, GLC sehingga ke Tok Siak menjaga masjid pun menerima habuan dalam bajet kali ini bukan sedikit tapi bayaran lebih RM1,000 buat pertama kali berbanding hanya RM500 sahaja sebelum ini.

Ini menunjukkan status ekonomi negara dalam keadaan baik. Oleh kerana itulah, Najib menggelarkan bajet tahun depan itu sebagai "ibu segala bajet".

Ini adalah antara 10 kelompok golongan rakyat yang menerima manfaat daripada Bajet 2018 yang dibentangkan hari ini.

1. Anak Dalam Kandungan

Paling istimewa ialah ialah bayi yang masih dalam kandungan juga bakal menerima faedah melalui Amanah Dana Anak Malaysia 2050 (ADAM50) iaitu akan diberikan dana tabungan permulaan bernilai RM200 dalam bentuk unit amanah saham Permodalan Nasional Berhad (PNB) untuk anak dilahirkan 1 Januari 2018 hingga 2022.

2. Ibu Mengandung

Ini juga adalah golongan yang diberikan perhatian dalam Bajet 2018 ini kerana tahun depan adalah Tahun Memperkasakan Wanita yang memberikan keutamaan kepada wanita yang sedang mengandung.

Bagi, wanita yang mengandung dan bekerja dengan kerajaan, mereka yang mengandung lima bulan ke atas akan dibenarkan balik awal sejam termasuk suami yang bekerja berdekatan.

Untuk mereka yang mengandung dan bekerja swasta cuti bersalin mandatori swasta dinaikkan daripada 60 ke 90 hari.

3. OKU Dan Warga Emas

Bagi kumpulan Orang Kelainan Upaya (OKU), dalam Bajet 2018 kerajaan membuat keputusan untuk menaikkan elaun warga emas kepada RM350 sebulan yang menyediakan peruntukan RM603 juta.

Kemudian, kerajaan juga menaikkan elaun OKU bekerja, tidak bekerja dan penjaga OKU sebanyak RM50 sebulan melibatkan jumlah keseluruhan RM100 juta.

4. Pesawah Padi

Sebanyak RM2.3 bilion diperuntukan dalam bentuk bantuan dan insentif seperti baja dan input pengeluaran kepada pesawah dan juga diberikan bantuan RM200 sebulan bagi tempoh tiga bulan sementara menunggu hasil tuaian padi, dengan peruntukan hampir RM150 juta ringgit kepada semua golongan pesawah.

5. Tok Imam, Tok Siak & Tok Batin

Tok Batin dan Ketua Kampung menerima bantuan khas sekali sejumlah RM1,500, termasuk bantuan khas kepada guru KAFA, Takmir Imam, Bilal dan Tok Siak sementara elaun warga emas kepada RM350.

6. Usahawan Food Truck & Motosikal Tiga Roda

Perdana Menteri mengumumkan pemberian kemudahan pinjaman mudah kepada pengusaha Food Truck 1Malaysia (FT1M) melalui Bank Rakyat dengan subsidi kadar faedah 4 peratus dengan peruntukan RM120 juta.

Manakala program motosikal tiga roda, mobilepreneur dan program MyAgrosis diberikan peruntukan RM25 juta.

7. Penoreh Getah

Bagi penoreh getah, mereka turut menerima peruntukan paling besar pernah diumumkan iaitu RM2.3 bilion dan daripada jumlah itu diperuntukan untuk program penanaman semula getah dan kemudahan infrastruktur pengeluaran latex.

8. Suri Rumah dan Ibu Tunggal

Golongan wanita disifatkan oleh Najib sebagai pembayar hutang yang baik dan kebanyakan dari mereka ialah sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM). Untuk memberikan mereka ruang untuk berusaha lebih gigih, mengubah nasib dan memajukan diri serta keluarga masing-masing.

Diperuntukkan pembiayaan Amanah Ikthiar Malaysia, AIM sejumlah RM2.7 bilion bagi memanfaatkan hampir 400,000 orang peminjam.

Dalam Bajet 2018, Najib mengumumkan penambahan peruntukan sebanyak RM200 juta ringgit.

9. Pelajar Tingkatan 6

Untuk mereka, kerajaan akan memberikan Bantuan Baucar Buku bernilai RM250, memanfaatkan seramai 1.2 juta pelajar.

10. Pemandu Teksi

Untuk menjana pendapatan rakyat, dalam hal ini kepada pemandu teksi berdaftar sedia ada, mereka akan diberikan geran RM5,000 untuk mereka membeli kereta baru bagi menceburkan diri dalam perkhidmatan e-hailing seperti Grab dan Uber.

Bajet ini tidak akan terhasil jika dakwaan kerajaan Malaysia akan muflis benar seperti yang diperkatakan selalu oleh para pemimpin Pakatan Harapan (PH).

Pembangkang terus terkedu melihat Bajet 2018 ini. Bajet Alternatif mereka yang dibuat beberapa hari lalu sudah boleh dibuang dalam tong sampah dah.

Rakyat lebih berkeyakinan dengan Bajet BN berbanding cakap cakap kosong pembangkang. 


K7L : Jeng Jeng Jeng..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk