06/12/2012

Rakyat Sungai Petani Menangis Ditipu Pemimpin PAS? #TukarKedah


Mctheory ada mendedahkan kisah sedih rakyat Sungai Petani yang telah ditipu oleh Pakatan. Apa sebenarnya yang terjadi?


Sungai Petani- Lebih 10,000 Penduduk di kawasan Estate Sungai Divison, perumahan Taman Kelisa dan Taman Aman Jaya terpaksa berhadapan dengan permasalahan keadaan jalan yang begitu teruk serta lampu-lampu jalan yang tidak di selengara pihak berkuasa tempatan semenjak 3 tahun yang lalu.

Menurut Makbul Ilahi, Pengerusi Persatuan Kebajikan dan Sosial Daerah Kuala Muda, penduduk setempat telah beberapa kali membuat aduan pada pihak berkuasa tempatan iaitu Majlis Pebandaran Sungai Petani (MPSPK), namun tiada sebarang tindak balas yang telah di lakukan pihak MPSPK di sebalik aduan yang telah di lakukan penduduk setempat.

Ketika di temubual, Makbul Ilahi mempersoalkan tindakan Kerajaan Negeri melalui Exco yang di pertanggungjawapkan mengurus Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) tidak menggunakan peruntukan sepenuhnya yang di berikan Kerajaan Pusat untuk menyelengara jalan-jalan yang bermasalah di seluruh negeri Kedah.

Apa yang berlaku sebaliknya peruntukan tersebut telah di letak di dalam tabung di bawah Yayasan Perbadanan Menteri Besar kedah dan di gunakan untuk membayar gaji kakitangan Kerajaan Negeri ketika rakyat di seluruh Kedah mengharapkan Kerajaan Negeri menggunakan peruntukan tersebut menyelengara jalan-jalan di negeri Kedah yang sudah begitu teruk.

Akibat jalan yang begitu teruk dan kawasan di tempat berkenaan terlalu gelap kerana lebih 40 batang tiang lampu gagal berfungsi, kemalangan sering berlaku di kawasan berkenaan sehinggakan kes kemalangan yang terbaru telah mengakibatkan berlakunya kemalangan maut apabila seorang penunggang motorsikal gagal mengawal kenderaannya ketika melalui kawasan tersebut.

Rata - rata penduduk setempat begitu kecewa dengan sikap Kerajaan Negeri melantik Exco dan Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan yang gagal melaksanakan tanggungjawap yang telah di amanahkan rakyat. - Media Kedah













Lampu jalan takdak, jalan berlubang-lubang. Apa semua ni? Nak bunuh rakyat ka? Bila malam cuba bayangkan macam mana kita nak lalu jalan ni? Dah tentu terjun lubang punya.

Nak tunggu ada orang cedera atau mati baru nak buat jalan atau lampu baru? Kalau macam tu, memang dah lambat la. Apakah ini contoh Kerajaan Berkebajikan ala Pas? Mana duit hasil rompak balak? Kata ada berjuta-juta. Buat apa pendapatan negeri berjuta, tapi tak diberikan pada kemudahan rakyat? Nak simpan bagi kat sapa? Kroni??

Dulu Pas ceramah bagai nak rak, kata nak bela rakyat. Tapi bila dah jadi kerajaan negeri, bukan dok bela rakyat, tapi dok bela PERUT sendiri. Tu sekarang ni, PERUT pemimpin Pas, makin lama makin BOROI tu!!

Rakyat Kedah makin susah, Pemimpin Pas Kedah makin lama makin besar rumah depa.. fuuuyoo..kebajikan untuk poket dan perut sendiri!!

K7L : Marah betul Pisau Kedah ya?...

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk