Kat sini Keris nak sentuh sikit kenyataan oleh Nik Aziz. Tampak macam dia merasakan dirinya terlalu arif dan maksum pula bila kata Mufti tak perlu kata Haji Hadi wajib tarik balik isu amanat. Sekarang ini, Nik Aziz sibuk kata Presiden PAS orang yang penuh ilmu di dada.
Tahu atau tidak, bagi orang-orang yang menyesatkan orang lain juga tergolong dalam golongan cerdik pandai. Jika mereka bodoh dan tidak berilmu, masakan ramai pengikut boleh terpengaruh.
Jadi menyentuh isu ilmu, Nik Aziz salah! Dimanapun bumi yang dia belajar, jika salah maka tetap salah. Belajar jurusan Madinah tidak beerti Presiden PAS kebal daripada kesongsangan yang dibuat. Politikkan Islam serta melacurkan Islam demi kuasa itu Islam tak ajar.
Kita baca semula amanat tersebut :
Sudah lihat kesan-kesan yang terjadi selepas amanat ini dikeluarkan? Ingat peristiwa Memali? Ingat kisah solat dua imam? Ingat kisah suami isteri bercerai kerana berlainan parti? Kisah bapa ditinggalkan anak kerana ideologi politik?
Semua ini telah dibongkarkan oleh C.N. Al-Afghani di dalam buku Kafirkah Aku? Buku yang diharamkan oleh pemimpin PAS. Namun Orang PAS wajib baca kerana yang tulis juga merupakan ahli PAS seumur hidup dan individu yang terlibat ketika peristiwa Memali.
Berikut adalah video yang buat Nik Aziz marah sangat tu :
K7L : Susah kalau dia rasa diri dia je betul..
0 ulasan:
Post a Comment