15/12/2012

Khalid Nak Bagi Tujuh Keturunan Rakyat Selangor Tiada Air? #IsuAirSgor



Dah gila gamaknya si Khalid ni! Dia keluarkan kenyataan baru-baru ini bahawa pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 akan dilengahkan seberapa lama yang dia suka iaitu sehingga pelan penstruktran semua air dilaksanakan.

Walhal Loji Rawatan Air Langat 2 perlu disegerakan memandangkan signal bahawa krisis air bakal berlaku awal dan dijangka pada tahun 2014. Masih lagi nak buat benda yang dia dah gagal. Buat apa nak buat kerja 2-3 kali?

Kini Khalid tak habis-habis nak cari salah orang itu dan ini. SYABAS sehingga hari ini tidak pernah henti dihentam Kerajaan Negeri Selangor. Biarpun masalah yang timbul sebenarnya datang dari pengurusan pentadbiran Menteri Besar Selangor sendiri.

Khalid sekarang tengah nak salahkan Kerajaan Persekutuan melalui Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui. Kononnya mereka mahu meminta Kerajaan Persekutuan mengembalikan aset air kepada Kerajaan Negeri Selangor. Khalid cuba kelirukan rakyat dengan kata ia satu-satunya jalan penyelesaian.

Satu Malaysia dah tahu yang kajian terhadap Loji Rawatan Air Langat 2 sangat baik dan itulah solusi paling tepat ketika ini untuk membendung krisis air bagi jangka masa yang panjang. Berbeza dengan Khalid yang hanya nampak nak buat duit.

Sebab itu dia kata pulangkan aset air baru jadi jalan penyelesaian. Syarat yang diletakkan bagi meluluskan pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 juga menunjukkan yang Khalid hanya berminat untuk membuat duit, bukan untuk bantu rakyat Selangor. Dia ‘demand’ nak pemilikan pengurusan sepenuhnya Langat 2. Sebab apa? Nak buat duitlah!

Dan yang paling mengejutkan! Khalid kata Kerajaan Negeri Selangor sanggup tunggu 100 tahun baru nak buat Loji Rawatan Air Langat 2 andai tuntutan mereka tidak dilayan. Nampak tak betapa angkuhnya Khalid dan betapa gagalnya otak dia berfungsi?

Ini masalah rakyat Selangor tahu? Projek Pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 kini mengalami kelewatan 29 bulan bersamaan 2 tahun lebih. Patutnya kalau dulu lagi dah buat sekarang tak perlu bising-bising pasal krisis air yang bakal berlaku tak lama lagi.

Benda dah mula nampak. Masalah air ada sahaja di beberapa kawasan sekitar Selangor. Keengganan kerajaan Negeri Selangor untuk bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan melengahkan pembinaan loji tersebut.

Kalau ikut jadual seperti yang telah dirancang, Loji Rawatan Air Langat 2 itu sepatutnya telah berada pada persiapan pembinaan sebanyak 68.95%. Namun kerana kepandaian yang tidak terhingga oleh Khalid menjadikan proses pembinaan hanya berada pada tahap 28.4% sehingga bulan Oktober tahun ini.

Dah tahu yang pembinaan loji baru perlu disegerakan, Khalid pula berkeras mahu penyusunan semula industri air di negeri itu tetap dibuat biarpun dia gagal sebelum ini. Masih lagi nak buat kerja dua kali. Khalid tak kisah untuk malukan diri sendiri asalkan rakyat Selangor tak makan budi dengan Kerajaan Persekutuan?

Terbaru Khalid menjual cerita kononnya air percuma kepada rakyat Selangor mungkin terpaksa dihentikan jika Loji Rawatan Air Langat 2 dibina. Kononnya peningkatan tariff air akan berlaku. Ini sebenarnya satu ugutan halus untuk menakutkan rakyat Selangor yang sudah biasa dengan air percuma 20 meter padu sebulan.

Kalau tanya Keris, masalah air yang berlaku lebih penting untuk diselesaikan berbanding mahu beri air percuma. Esok dah tak ada air nak bagi air percuma apa Khalid oi?

Entah apa yang ada didalam kepala Khalid tidaklah Keris tahu. Tetapi inilah realiti yang berlaku di Selangor. Mereka tidak mendahulukan rakyat, tetapi mendahulukan wang serta dahulukan permintaan DAP.

K7L : Nak tunggu dah kering kontang?..gila!..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk