23/12/2012

Rungutan Terhadap I-City - Mahal Sangat Sampai Orang Rasa Tertipu?



Seringkali kedengaran rungutan berkenaan harga tiket dibeberapa tempat hiburan keluarga. Ini antara komplen yang Keris kongsi kepada pembaca :


I-City, bertukarlah kau jadi kebun kelapa sawit.... 


Aku marah dan aku tak boleh tidur. Aku sampai I-City pukul 9 malam, dan aku pulang pukul 11.30 malam. Selama 2 jam setengah, adalah masa masa yang aku menyirap, aku menggeleng, aku merenung tajam, dam aku luka jiwa raga.

Aku kena main dan aku kena tipu.

Pakcik dan makcik dari kampung juga ditindas, dan ditipu secara professional. Dirompak duit poket mereka secara 'as per term and condition', juga yang paling memilukan..dibunuh harapan dan kegembiraan mereka dengan begitu saja.

Ya. Aku rasakan, aku dikenakan harga yang tidak patut untuk secebis keseronokan keluarga yang tak setara mana. Lagi pedih, bila kumpulan manusia yang ramai berpusu ke situ terdiri dari kumpulan pakcik makcik dari Kokdiang, Gua Musang, Felda Chenor, Padang Melangit dan Mersing. Mereka ini membawa ahli keluarga, anak anak kecil, sanak saudara dan mungkin anak anak jiran yang teringin menumpang bercuti ke kota. Mereka ini, dari riaknya..bukanlah semuanya berpangkat pegawai, jauh sekali memiliki harta berjuta, mereka ini semuanya rakyat marhein, yang bercita nak mengembirakan keluarga dengan membawa mereka berjalan ke sini, ke I-City.

Sebelum aku teruskan, mungkin aku boleh katakan yang i-City ni dibuat untuk pelancongan domestik. I-City pada telahan awal aku adalah tempat rakyat jelata menikmati keseronokan, dengan maksud, kerajaan (samada pusat atau negeri) atau syarikat yang menyelenggara mengenakan caj yang berpatutan dan tidak misleading. Sebaliknya aku salah, pakcik makcik juga salah. i-City rupanya bercita cita besar untuk memebelikan kereta Ferrari spider untuk setiap ahli lembaga pengarahnya.

Mari aku ceritakan celakanya. 
Yuran entry, selepas 7pm, RM10. Ini aku boleh terima. Normal dan tiada yang aneh. Ok sekarang, tempat paling attractive di I-City, namaya SNOWALK. Idea SNOWALK ni nak bagi rakyat Malaysia merasa hidup di Iceland.

Nak masuk sorang kena bayar dalam RM35-40 dewasa. Aku masuk ber empat semua sekali RM120. Ini pun, aku boleh terima lagi masa bayar sebab aku syak mestila SNOWALK ni power betul, boleh imitate almost exactly Iceland, atau Alps setidaknya. So RM120, setel..ready to rock in!.


Wooo..bila aku dah masuk, rupanya kena rilek dulu, kena ambil jaket (ini masuk pakej, mujur). Lagi, yang pakai selipar, kena sewa kasut, beli stoking, beli sarung tangan (sewa ke beli atau dah tak peduli sebab masa ni aku mula menyirap). Aku cakap pada fateem, faseeh dan cikgu, kita masuk je dengan kasut yang sedia ada. Walaupun subconscious mind aku tahu yang kasut si fateem dan faseeh ni tak boleh bertahan dalam cuaca Iceland, tapi hati aku yang memberontak ni menghalang dari pegi sewa atau beli. Bukan sebab aku berkira, atau aku kedekut, tapi aku fikir..kalau I-City tahu stoking, sarung tangan dengan kasut Pua Chu Kang ni adalah dresscode sewajarnya, kenapa kau tak caj aku RM200 awal awal tadi? lepastu kau bagi aku kasut, stoking dengan sarung tangan terus, nampak tak sekarang? kalau aku dah bayar sekali, lepastu aku kena bayar lagi dan lagi, itu pada aku adalah perangkap dan penipuan.

Dengan berat hati, aku dan ahli keluarga melangkah masuk, elok gaya nak masuk, brader jaga pintu spund cikgu, "handbeg tak boleh bawak masuk". Aku balas balik dengan sabar,"handbeg nak kena letak mana?". "Dalam locker kat sana", brader ni balas tenang. Aku suruh cikgu pergi setelkan handbeg dia, dan teruskan bersabar. Selang beberapa minit, cikgu datang balik pada aku, lalu dia tanyakan benda yang bikin aku lagi menyirap, "ada duit kecik? locker tu kena bayar". Dekat stage ni, aku geleng kepala. Aku dah tahu semua yang akan aku lalui lepas ni dalah mengkaya rayakan pemilik I-City, secara langsung membunuh jiwa aku dan pakcik makcik yang mengharapkan secebis gembira berjalan ke sini.

Dalam kabin SNOWALK, boleh aku simpulkan, macam kau duduk dalam peti ais tempat beku. Ada igloo, ada lampu lampu, ada sedikit gelongsor ais. Aku tak nak komen apa yang dia sajikan sebab mungkin itu idea sebenar I-City, tapi aku fikir they can do much more better. Dan bila aku marah, aku akan jadi detail, "is this the best they can offer?". Aku mula nampak hal hal yang kacau fkiran aku, kenapa takde salji? kenapa takde paramedik standby kat luar kalau anak anak aku kena frostbite? kenapa kabin ni takde seni, kompressor aircond merata rata, beam beam dan structure bangunan obviously there, sebijik macam kau jalan kat carpark cuma bezanya kau sejuk. Kenapa jaket yang dia bagi ni zip rosak, butang rosak? kenapa tak banyak variety? kenapa tempat kecik?
Nampak, benda ni patutnya senang, tapi bila aku dah mula kacau bilau dari awal, semua aku tengok salah. dan yess memang overall SNOWALK sucks big time.

Aku keluar dari SNOWALK bila faseeh menangis sebab tak tahan sejuk ais banyak masuk dalam kasut dia. Bila aku sampai kat luar, aku tengok ramai yang menggigil sejuk, kasut yang sewa tadi semua bukak. kaki mereka aku tengok merah. Temperature terlebih sejuk ke aku tak tahu. Aku tak pernah pegi Iceland, Alps pun aku tak pernah pegi, aku tak tahu sejuknya macam mana. Lantaklah!

Aku cuba bertenang, dan melepak dekat patung zirafah. fateem dengan faseeh nak main keretapi, kapal dan wheel apa benda entah. Aku tengok kawasan permainan ni semua berkumpul di satu port. Dalam kepala aku fikir macam ni, aku beli tiket sekali masuk, say RM20 sorang, atau berapa berapa lah, lepastu boleh main freeflow. Pergi matiii dengan fkiran aku, I-City lagi pandai korek duit dengan menggadai perasaan kesian mak ayah pada anak anak.

Ada 6-8 jenis permainan, dia caj RM5/person untuk satu game. Ada 2-3 game yang RM10/person. Beli tiket pakai macam smartcard. Kiranya kalau baar RM50, pakaila kad tu sampai habis. Bodo anak aku 2 orang sekali naik keretapi yang pusing tak sampai 5 round, tak sampai 5 minit in fact, aku kena bayar RM10. (RM5/person). Itu yang RM5, yang game RM10 pulak, baraaii!. Setengah jam, RM50 gone. Come on what kind of pleasure the kids will have for half an hour?
Dalam hal ni, kau orang kena clear standpoint aku. Aku tak bercakap untuk aku saja. Aku bercakap untuk orang lain, yang mungkin bajet mereka lagi kurang tapi dah terperangkap. Apa yang terperangkap? Kau bagitau anak anak kau nak datang I-City, mereka happy, bila dah sampai..pehh ambik beratus nak kena keluar. Takkan dah kat situ kau nak cakap kat anak anak kau "Janganlah..mahal lah".
yang aku cerita keretapi 5 minit tak sampai tu apply pada semua game. Aku rakam fateem dan faseeh naik keretapi tu exactly less than 4 minit.

Kau orang sabar. Aku belum habis lagi ni.

Berbalik pada hal permainan. Masa di kaunter, dekat depan kaunter, clearly stated "RM5/person" untuk game game yang disenaraikan. Macam aku bgtau tadi, ada setengah game" RM10/person". Isu kedua timbul bila faseeh dinafikan hak untuk bermain kapal apa benda entah sebab tinggi dia tak lepas benchmark. Ohhhh yang ini aku betul betul fak!. Aku tarik faseeh keluar, sambil kepala aku cuba rasionalkan situasi. Exactly belakang faseeh, ada sorang budak perempuan, tinggi dia siiikiiittt je lagi nak sampai benchmark, terus budak lepas SPM yang jaga entrance reject suruh keluar. WOW! for God sake faseeh dan budak perempuan dah beratur 15 minit semata mata nak main, when they turn come, kau just suruh keluar sebab tak lepas height?


Ayah perempuan tu cuba slowtalk dengan budak jaga entrance, kesian aku tengok orang kampung sorang sini, kesian lagi aku tengok anak dia yang terkebil kebil tak dapat main. Sabar aku hilang bila budak yang jaga tadi jawab endah tak endah dengan ayah budak perempuan tu. Sabar aku diakhiri dengan makian orang putih ditengah khalayak orang ramai. Aku tak boleh kontrol sebab aku kesian betul dekat faseeh, lagi aku kesian dekat budak perempuan yang terkecil kebil kecewa tu.

Aku ajak ayah budak tadi pergi kaunter. Sampai di kaunter aku bagitau yang "kenapa masa beli tiket you tak cakap budak budak ni ada height limit?"
Pehhh makwe kaunter tu bagi jawapan bijak,"Kat atas kan ada beritahu" sambil dia tunjuk kat atas dinding (kau kena dongak kalau nak baca satu satu) ada A4 beberapa keping yang beritahu game game yang ada height limit, dan Yes, font dia aku tengok macam font 14 atau paling besar 16.


Lalu aku khutbah pada dia, kenapa dekat depan kaunter ni tak tulis pulak? dan kenapa kau, sebagai penjual tiket yang tahu permainan ni semuanya untuk budak budak tak beritahu awal awal "encik, untuk game ni game game ni, budak bawah 120cm tak boleh main", kenapa kau tak buat? kau harap orang baca benda info yang berselerak, dalam keadaan orang ramai, nak cepat, nak bagi budak budak seronok. Ni sama la macam jual buah Strawberry kat petaling street letak sigboard besar RM5. Mindtrick, sebab by default orang ingat sekilo RM5, orang tak banyak tanya terus mintak sekilo. Hahh ambik kau rupanya RM5 ni untuk 100gram. Tulisan 100gram ni kecik halus je dia letak tepi RM5. Memang ada point yang ko salah sebab tak teliti, tapi dalam masa yang sama, kau rasa kena tipu tak? sebab dalam keadaan sibuk, orang ramai berpusu, berapa kerat manusia je boleh bagi attention to detail?. Ini nama dia manipulation.

Dan akhir sekali, smartkad tu, kalau kau tak habis main, duit dalam tu banyak lagi, kau boleh refund RM5 sahaja. Maknanya, katala duit dalam tu ada lagi RM30, tapi anak kau dah mengamuk nak balik, atau tiba tiba dia sakit perut kena bawak ke hospital. Burnlah duit tu. Unless kalau kad tu boleh bawak balik dan esok kau datang lagi sambung pakai, itu aku tak tahu lah boleh ke tidak. Tapi berapa ramai pakcik makcik Kokdiang nak datang balik esoknya semata mata nak habiskan baki duit RM30?


Nampak tak macam mana orang kampung kena main?

Aku dah tak larat nak menulis. Lama dah aku tak menulis panja SEMBANG KENCANG...ng. Kesimpulan yang aku boleh bagi;
Aku berharap, I-City ni, kau bertukarlah menjadi kebun kelapa sawit.

Pesan aku: I-City memang mahal...kalau kaya tak pe..kalau korang gaji biasa-biasa je, better jangan masuk snowalk tu.. - Sumber dari facebook


K7L : Cadangan Keris kepada Persatuan Pengguna..pergilah siasat kebenaran kisah ini..

8 ulasan:

  1. dah baca smpi habis uncle, uii dahsyatnya mahal bebenar. ingatkan mahal yg puaskan hati rupanya harem -.-

    ReplyDelete
  2. betui aku pun dah kena

    ReplyDelete
  3. isteri aku ajak pegi I-CT..tapi aku berat hati nak pergi..sebab nak cari info dulu..nasib baik tak pergi..kalau tak mampus..dah la tak berbaloi nak bayar..game pun cam hampeh aje bila aku baca kat sini..terima kasih tuan tanah atas maklumat..

    ReplyDelete
  4. tq bro krna bgtau...ank2 mengelintin nk g......jawabnya ..cancel laa

    ReplyDelete
  5. Malangnya pendedahan ini tak masuk akhbar tempatan.

    Harap pemberita Matro/Sinar/Kosmo boleh download luahan ini agar semua Rakyat Malaysia boikot i-City.

    Dengar cerita UMNO nak sambut tahun baru kat i-City, dah kena tipu atau nak menipu Rakyat ?

    ReplyDelete
  6. Kita pun pernah kesana dan memang betul dari segi keselamatan itu tidak ada seperti pasukan medic. Anak bauh cedera dalam Snowalk dan rawatan dia sama macam dia jatuh basikal dekat rumah kita j. Just belakang kaunter ambik jaket dan ditutup dengan ampaian jaket sj. Mengecewakan. Totally mengecewakan.

    ReplyDelete
  7. Biasa lah beb peniaga cina..semua indah khabar dari rupa..Saya dah masuk sana..ia hanyalah sekadar cold room macam tempat kita simpan daging lembu tapi ini diubah suai dengan sedikit dengan beberapa hiasan.

    Hal yang sama jika kita ke underwater world di langkawi atau KLCC..ia hanya kolam ikan besar aje..tak macam bawah laut betul dengan struktur konkrit yang menyakitkan mata.

    ReplyDelete
  8. Saya mengambil peluang di entry ini untuk membongkar rahsia dalam i city.I city menipu pengunjung!kalau boleh sebar2kan sebelum.ada yg jadi habeskan wit maen benda xberbaloi(setakat nk tgk2 lampu gi lah).

    1.wax museum depa yg dinamakn red carpet bukan originally patung lilin tapi rubber n fibre..klu u all penah prgi or nk cuba pastikan sendiri..just pergi cari patong sharapova n lionel messi.Pada wristband mereka terdpt sambungan yg dsembunyikn.Actually patung lilin sebenar dibentuk dlm satu susuk tubuh lngkap bkn sambungan different part.Paling obvious ,muka artis yg dorang declare wax tak sama berbanding wax museum Maddam Tusaade(famous wax museum).Kalau tanya pekerja mereka akan kata those waxes made in London(nk mngaku wax madan tussaade) padahal made in china(china terkenal dengan kpakaran bikin barang ciplak)

    Lagi satu tuan2 n puan di wax(fake) museum ni hanya ada 1 orang je karakter orang Melayu yakni Tunku.Abdul Rahman.

    Kalau boleh halang la kawan2,keluarga terdekat n rombongan2 ke sini.Saya sayang bangsa saya.Saya tak mahu tuan2 pergi ke tempat di mana pemiliknya anti melayu tetapi mahu menghabeskan duit kita kerena Melayu itu sendiri leka berseronok.

    wallahualam.

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk