15/12/2012

Krisis Air Semakin Meruncing!- Khalid Ibrahim Masih Mahu Lengahkan #Langat2



Pagi tadi Keris ke Subang berjumpa dengan rakan. Rata-rata dari mereka hanya masalah air sering menjadi topik perbualan kami semua. Ada juga bunyi-bunyi nak salahkan PM. Hallo! Ini semua salah Khalid Ibrahim yang gagal dalam urus tadbir kerajaan Negeri Selangor!

Terus Keris beri penerangan percuma kepada mereka. Umum tahu lampu hijau telah diberikan buat Kerajaan Negeri Selangor untuk membuat apa sahaja cara yang boleh memberikan solusi bagi membendung isu air Selangor.

Ini kerana masalah air telah berlaku di banyak tempat. Menandakan bahawa krisis air yang dijangka menjelang 2016 kemungkinan lebih awal lagi. Krisis air tahun 2014 pun mungkin berlaku. Tetapi apa yang Khalid buat?

Dulu heboh nak buat penstrukturan semula air di Selangor , GAGAL! Nak buat timbang tara pun masih tak nampak apa-apa tindakan ,GAGAL! Kajian bagi penggunaaan sistem penapisan air sehingga hari ini tak nampak bayang-bayang, GAGAL!

Ada banyak lagi benda yang hanya terpacul keluar dari mulut Khalid tapi tak ada apa-apa pergerakan ataupun tindakan susulan. Inilah jiwa Pakatan yang sebenar. Mereka hanya pandai menghebahkan omongan kosong.

Sehingga hari ini, pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 masih dilengah-lengahkan. Walhal masalah air dah nampak sangat depan mata. Khalid seakan tidak mahu ambil kisah masalah yang ditimpa rakyat Selangor.

Apa dia peduli! Janji rumah dia ada air. Eh rumah dia ada kat mana ya? Tengok macam mana Pakatan layan kesusahan rakyat Selangor. Esok bila betul-betul dah tak ada air bila musim kemarau, silap-silap mereka blah macam itu sahaja.

Apa yang Khalid buat untuk menyelesaikan isu air ini masih samar-samar selain daripada terus menipu di Sidang DUN. Tuduh SYABAS salah, tuduh orang itu salah, orang ini salah. Yang betul Cuma Kerajaan Negeri yang tak buat apa-apa untuk masalah air.

Khalid sedar atau tidak bahawa pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 memakan masa dan perlu disegerakan berikutan petanda krisis air 2014 bakal berlaku. Kalau dari dulu dia setuju dah tentu tak jadi masalah!

Kini Kerajaan Persekutuan terpaksa berbelanja besar iaitu sebanyak RM600 juta bagi membiayai projek mitigasi air. Sebab itu setelah KAJIAN dilakukan termasuk merujuk pakar-pakar air yang ada di Malaysia, Kerajaan Persekutuan menyarankan pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2.

Yang Khalid berkeras tak mahu luluskan pembinaan kenapa? Bukan guna duit kerajaan ngeri Selangor pun. Sekalipun kalau guna duit kerajaan Negeri Selangor apa masalahnya? Ini isu air yang melibatkan seluruh rakyat Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya!

Konon kata hujan hari-hari tanda air cukup. Tapi Khalid tak cerita yang sebenarnya air mentah banyak tapi tempat nak takung air dan rawat air mana cukup. Bilangan penduduk bertambah setiap hari. Permintaan air untuk industry tak pernah menurun.

Dengan masalah air yang dah terang-terang nampak sedang berlakau di Selangor, tak perlu sembunyi lahi. Tak perlu jadi bodoh sombong tak mahu luluskan pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2.

Rakyat Selangor dah mula resah sebab air antara keperluan harian manusia. Nak mandi, nak masak, nak minum. Segerakan pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2! Nak tunggu apa lagi? Berhenti tuduh SYABAS! Berhenti tuduh salah orang lain! Dah gagal buat penstrukturan semula air! Dah gagal dalam kajian penggunaan teknologi membran! Dah gagal dalam membeli syarikat konsesi air!

Sekarang masa untuk rakyat! Tak perlu fikir ego tinggi Kerajaan Negeri Selangor yang nak syarat macam-macam untuk bina Langat 2. Segerakan pembinaan dengan kelulusan. Keris tak mahu lihat rakyat Selangor menderita tiada air.

K7L : Esok kemarau pun dia tuduh Kerajaan Persekutuan buat doa bagi kemarau?..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk