14/12/2012

@Khalid_Ibrahim Tak Perlu Sombong! Buat Cepat #Langat2 #IsuAirSgor

Nampak seperti ‘lepas tangan’ biarpun aduan masalah air dibuat setiap hari. Kasihan Keris kepada pihak SYABAS yang bertungkus lumus memastikan pengagihan air berjalan dengan lancar. Namun difahamkan kekurangan air telah mula timbul di beberapa kawasan.

Menjelang 2016, Selangor akan berdepan dengan masalah bekalan air! Sekarang pun sudah Nampak kesan, apatah lagi jika tiada sebarang tindakan bagi membendung masalah itu. Malahan usaha untuk meneruskan pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 semakin kabur. Rakyat pula dikelirukan dengan kenyataan-kenyataan yang dangkal.

Ada sesuatu yang disembunyikan oleh Khalid, bahawa bukan semua bekalan air mentah boleh dirawat. Ini kerana jika air tersebut mempunyai kandungan logam yang tinggi, maka kos merawatnya tinggi dan lebih baik buka satu lagi Loji Rawatan Air yang bekalan air mentahnya mudah dirawat.

Lebih berbaloi dan mengurangkan kos. Sekaligus ini membuktikan bahawa jumlah air terawat tidak mencukupi permintaan air di Selangor.

Kini rakyat diyakinkan oleh Kerajaan Negeri Selangor, bahawa bekalan air mencukupi untuk diagihkan ke seluruh kawasan di Negeri Selangor. Walhal bekalan airmasih di tahap lama tetapijumlah penduduk di Selangor semakin bertambah setiap hari.  Ini belum masuk lagi  penggunaaan air terhadap industri semakin tinggi permintaannya apabila pelbagai industri dibangunkan.
 
Paling menarik apabila YB Ong Tee Keat, Ahli Parlimen Pandan membidas Khalid dan Kerajaan Selangor sebab mereka bentangkan angka yang penuh ‘drama meyakinkan’ pada Sidang Dewan Undangan Negeri Selangor yang lalu. Kononnya untuk menutup mulut ADUN-ADUN yang lain berkenaan isu air di Selangor.

Walhal umum juga sudah mengetahui kini masalah air telah pun menunjukkan kesan-kesan awalan keruncingan polemik air.  Mereka pandai memutar belit kenyataan dengan berkata kini musim hujan, air empangan penuh melimpah ruah jadi mustahil tiada air.

Namun begitu, apa yang disembunyikan daripada rakyat adalah jumlah air yang terawat, kalau ada air banyak tetapi tiada tempat untuk merawat tak guna juga. Kenapa mesti Khalid kelirukan rakyat? Sebab dia sombong tak mahu bina Loji Rawatan Air Langat 2 sebab ia melibatkan Kerajaan Persekutuan.

Inilah dia kepimpinan yang menyandarkan politik kepada kepentingan parti, bukan demi rakyat. Ternyata janji-janji palsu mereka penuh dengan omongan kosong. Kerajaan Negeri Selangor acapkali menyalahkan SYABAS jika timbul masalah air, walhal SYABAS hanya bertanggungjawab dalam pengagihan bekalan air terawat. 


Kalau air terawatnya tak ada, air apa yang nak diagihkan?  Kapasiti air mentah masih tahap tu lagi, tapi penduduk dan industri makin bertambah. 
 
Macam pasangan yang baru berumah tangga. Mula-mula berdua, lepas tu bertambah pula isi rumah, takkan nak kekalkan yang sama.  Mestilah cari sumber baru nak tampung keluarga, mulut yang nak disuap dah bertambah, kenalah tambahkan pembelian bahan masakan dan periuk belanga.

Ini masalah air Selangor! Ini isu rakyat! Susah sangat mahu bina Loji Rawatan Air Langat 2 kenapa? Tak perlu juala mahal sangat sehingga meletakkan syarat seperti mahukan pemilikan hak pengurusan semua aset air termasuk Loji Rawatan Air Langat 2.  Sudahlah  gagal dalam penstrukturan semula air kini nak banyak hal pula.

Hanya dengan rombakan atau mengawal aset air syarikat konsesi boleh selesaikan isu air yang kian meruncing? Akal letak kat mana? Keris tak mahu lihat rakyat Selangor menderita tak ada air. Perit dia orang-orang kaya macam YB-YB Exco Selangor tak akan rasa.

Jadi segeralah bina Loji Rawatan Air Langat 2. Tak perlu sombong!

Agaknya puak-puak Pakatan ni dah tahu akan kalah PRU13 nanti, sebab tulah dilengahkan Langat 2.  Ya lah kalau kerajaan BN yang memerintah nanti semasa krisis air melanda, kemarahan rakyat Selangor akan ditujukan kepada kerajaan BN nanti!!!!

K7L : Apa nak jadi?..asyik tipu je kejenya..baru sepenggal dah macam-macam hal..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk