Nurul Nuha, adik kepada Nurul Izzah & anak perempuan kedua Anwar Ibrahim antara nama yang dicanang bertanding bagi kerusi parlimen PKR Nibong Tebal. Ini bagi menggantikan Ahli Parlimen Nibong Tebal sekarang, YB Tan Tee Beng yang telah bertindak keluar parti menjadi calon bebas kerana kecewa dengan permainan politik murahan dan penuh tipu daya dalam Pakatan Haram.
Nampaknya seluruh anak beranak telah Anwar kerahkan bagi meneruskan legasi regimnya sekiranya dapat menawan Putrajaya dari genggaman BN. Dalam sibuk memekik soal keburukan nepotisme/kronisme suatu masa dulu, Anwar Ibrahim merasakan dirinya 'kebal' dari anasir-anasir tersebut.
K7L : PKR dah tak ada calon yang sesuai lagi dah..
0 ulasan:
Post a Comment