22/12/2012

Kerana #BaiahTalak3 - Bekas Polis Menyesal Masuk PAS!



Setelah 7 bulan menyertai PAS, akhirnya Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman melahirkan rasa kecewa menyertai PAS. Borang keahlian menyertai PAS telah diserahkan pada 21 Mei 2012 di Taman Kota Wira, Ulu Sepetang Taiping.

Borang keahlian diserahkan sendiri oleh Datuk Fauzi Shaari kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang disaksikan oleh Mohamad Sabu, Pesuruhjaya Pas Perak, Abu Bakar Hussain dan Ketua Penerangan PKR, Dr Muhammad Nur Manuty.

Pada hari ini mengejutkan apabila Datuk Fauzi melahirkan rasa kesal menyertai PAS kerana disuruh berbaiah untuk tidak meninggalkan PAS. "Kalau saya tahu begini keadaan PAS taubat saya tidak akan menyertainya. Masuk PAS umpama masuk parti DAP. Belum apa-apa saya disuruh bersumpah baiah cerai isteri talak 3 jika saya tinggalkan PAS"

Semasa menyerahkan borang keahlian PAS, beliau menerangkan bahawa niatnya menyertai Pas bukan untuk menjadi calon atau mempunyai jawatan tertentu, tetapi sekadar mahu membantu PAS ke arah kerja-kerja Islam yang dibawa PAS. Namun kini semuanya seakan-akan bertentangan dengan apa yang dikehendaki oleh Datuk Fauzi....

baca seterusnya DI SINI (KLIK!)



K7L : Sesat?..

2 ulasan:

  1. inilah yang dikatakan sesat dihujung jalan, balik ke pangkal jalan. inilah juga dinamakan orang yang berperinsip dan teguh pegangan agama hingga dapat membezakan yang mana betul dan yang mana salah. tindakan beliau berkemungkinan menerima tuduhan dan fitnah dari PAS yang tidak hairan dikatakan kerja UMNO and UMNO yang telah membayar beliau. apa pun elok juga beliau cepat keluar daripada menanggung dosa bermuafakatan. diharapkan lebih ramai lagi dari kalangan penganut PAS akan berana bertindak saperti beliau ini.

    انتارا_كيت

    ReplyDelete
  2. Takbir!!!!!!!!!!!!!!!!masok pasni macam bersumpah masok Gangster,saya pun dulu ada AJK bahagian PAS cadangkan untuk isi borang PAS pd tahun 2000,dan seorang ajk mencelah sebelum isi kena baiah dulu,,saya kata saya menyokong parti pilitik ni kalau perjuangan dia betul,bila dh mulax betul saya lari.Kalau nak berbaiah kena sokong walau pun x betul,cukup sampai disini sokongan saya.AMINNNNNN.

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk