17/12/2012

Anggota PDRM Yang Komplen Dekat FB Hanyalah Penipuan @Harakah - @PDRMsia Saman Sahaja Mereka!



Tahniah kepada rakan Harapan Esok yang telah membuat siasatan berkenaan kes Polis DiRaja Malaysia yang telah dihina oleh seorang anggotanya yang tidak berpuas hati kerana ditukarkan ke Sarawak atas sebab menyokong Pakatan Rakyat.


Penghinaan tersebut telah ditulis oleh seorang wanita yang kononnya adalah anggota PDRM di akaun Facebook yang menggunakan nama Norhashimah Mohammad [SINI]

Petikan ayat yang dipostkan oleh Norhasimah Mohammad adalah seperti berikut :

jangan saudara saudara semua ingat kami makan gaji dengan PDRM,,dan kami takut untuk bersuara,,kami juga ada hak kami,,kami juga ada hak kami sebagai rakyat malaysia,,dan kami berhak memilih parti mana yang kami suka,,cukup lah kami semua sudah tak mahu dijadikan anjing barisan nasional,,


RAKYAT MALAYSIA SEMUA PERLU MENOLAK PARTI KOMPENEN BARISAN NASIONAL PADA PILIHANRAYA UMUM KE 13 NANTI

SEHINGGA ARTIKEL INI DITULIS SAYA MASIH LAGI BERKHIDMAT DENGAN POLIS DIRAJA MALAYSIA,,DAN AKAN DITUKARKAN KE SARAWAK JANUARI NANTI,,



Seperti biasa, akhbar penjilat PAS, Harakah mengambil kesempatan ini untuk menabur serbuk perencah dengan menyebarkan berita memang benar ada anggota PDRM sudah jelak dengan Barisan Nasional.

Berita yang dikeluarkan Harakah seperti yang kita tahu banyak yang tidak benar tetapi dibesar-besarkan seolah-olah ianya memang terjadi.


Selepas diselidiki, akaun yang menggunakan nama Norhashimah Mohammad adalah rekayasa..Selepas mengetahui tembelangnya sudah pecah..Admin Norhashimah Mohammad telah mematikan akaun tersebut dan membuat Fan Page Norhashimah Mohammad bagi meneruskan agenda meracun minda anggota Polis dan kakitangan Awam.

Persoalannya, siapakah individu yang gambarnya digunakan dalam Facebook Norhashimah Mohammad?


Gambar yang digunakan dalam FB Norhashimah Mohammad untuk menjalankan agenda merosakkan pemikiran anggota Polis sebenarnya telah dicuri dari akaun FB Zakiah Musa [SINI].

Zakiah Musa sebenarnya bekerja di Rumah Kebajikan Seri Kenangan Kangar. Ini bermakna, individu yang mengutuk PDRM dan BN sememangnya tidak wujud. Pendedahan ini telah membuktikan pembohongan Harakah dalam menyampaikan berita.

Ternyata Harakah langsung tidak menyemak dan selidik maklumat sebelum mengeluarkan artikel. Inilah tahap kewartawanan yang ada pada Harakah. Mereka berada di kelas yang sangat rendah sehinggakan tahap kepercayaan kepada maklumat yang diberikan diragui.

Keris merasakan Harakah sudah tidak layak menjadi akhbar memandangkan kini mereka seringkali menyebarkan fitnah mahupun maklumat tidak tepat atau palsu. Oh jangan lupa baca juga di Harapan Esok.

K7L : Habislah..saman aje Harakah ni...

7 ulasan:

  1. maaf bro'. kalau bolehlah, setiap link yang anda kaitkan itu dibukakan window berasingan. senang sikit pembaca macam saya ni nak ikut. maklumlah, puter lama dan slow sikit. padan pulaklah ngan orang lama. maaf sekali lagi yer bro'.

    ReplyDelete
  2. Boleh bro cuma tadi xsempat nk edit..sy cdgkan klik kanan :)..maaf ye bro

    ReplyDelete
  3. pembohongan yg berterusan akan membuat rakyat percaya ...sepatutnya HARAKAH di saman dengan segera...

    ReplyDelete
  4. saman jangan xsaman..kita tgk boleh menang x??? hehe, takut2 kalah lg kat court..huhu

    ReplyDelete
  5. Dah byk kali HARAMKAH ni dikantoikan siar berita tak betul. Hrp kali ni pihak2 yg telah di'malu'kan (Polis dan Zakiah Musa)berani bertindak menyaman akhbar dan admin FB pemfitnah ni. Membiarkan mereka lepas bermakna bersubahat dgn fitnah.

    ReplyDelete
  6. Utusan Meloya lagi banyak terbukti membuat cerita fitnah awat hang buat tak kesah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah tau fitnah napa x report polis? Bawa pg court? Kalau setakat hero tepi parot melalak saja banyak, x berbuat apa2. Bagus banyak2 berdoala yop..

      Delete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk