28/12/2012

Minyak Masak Dibuat Daripada Bangkai Organ Binatang?




Pihak polis di China berjaya merampas lebih dari 3,200 tan minyak yang dibuat dari lemak dan organ dalam haiwan yang sudah membusuk. Demikian diberitakan China Daily, Jumaat (6/4/2012). Keterangan ini disampaikan pihak Kementerian Keselamatan Awam China.

Lebih dari 100 orang ditangkap kerana menghasilkan minyak ini pada 21 Mac lalu setelah dilakukan operasi keselamatan produk makanan di dua bandar dan empat wilayah. Polisi juga menutup 13 kilang yang menghasilkan minyak itu. Sebelumnya, frasa gutter oil dimaksudkan berasal dari sisa minyak yang kemudian diolah kembali dan juga sisa dari restoran.

Meski demikian, kini ditemui jika gutter oil ini dibuat dari daging dan dijual melebih masa luput bahkan diambil dari lemak haiwan membusuk serta organ dalam. Pada Oktober tahun lalu, sejumlah warga di bandar Jinhua, Wilayah Zhejiang, mengatakan kepada polis tempatan jika mereka mencium bau yang tidak enak ada di pinggiran bandar dan curiga minyak itu dibuat di sana.

Setelah dilakukan penyiasatan penyiasatan selama lima bulan, polis mendapati kumpulan yang dipimpin oleh seorang lelaki bernama Li Weijian menghasilkan minyak haram dan ada banyak bangkai haiwan bertaburan di sekitar lokasi kilang itu. - via


K7L : Yakss..geli siot..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk