18/12/2012

Buku Ini Diharamkan Oleh Pemimpin PAS Kepada Ahlinya! #KafirkahAku?


Semalam seorang pakcik kenalan kepada ayah Keris telefon dan ingin berjumpa. Katanya ada buku yang mahu diserahkan sebagai hadiah. Eh pelik juga kerana pakcik tersebut merupakan seorang pemimpin kanan PAS di Klang.

Kerana dia adalah kenalan ayah, Keris tidak ragu-ragu untuk berjumpa. Setelah kami bertemu, pakcik tersebut menyerahkan buku bertajuk 'Kafirkah Aku' tulisan C.N. Al-Afghani. Tiba-tib air matanya berhurai membasahi pipi. Ah sudah orang tua ni!


Kataya buku ini wajib dibaca oleh rakyat Malaysia dan orang PAS terutamanya. Dia mengakui semua isi tulisan didalam buku itu benar-benar menggambarkan apa yang berlaku kepada PAS.

Banyak kisah dan garapan seorang penulis yang masih lagi ahli PAS terdapat didalam buku tersebut. Ia membongkar kesesatan yang wujud didalam PAS sendiri. Yang tidak diketahui oleh orang luar dan ahli-ahli PAS di ceruk kampung. Siapa PAS kini yang duduk di kaki DAP dan seperti 'dibela' oleeh Anwar.


Siapa yang tidak tahu akan kisah Amanat Haji Hadi pada tahun 1981 yang diucapkan di Banggol Peradong, Manir. Sehingga ke hari ini orang-orang PAS hanya akan membisukan diri jika ditanya perihal tersebut.

Secara jelas, apa yang dilakukan oleh PAS sekarang, ternyata bertentangan dan jauh terseleweng daripada amanat yang dikeluarkan oleh individu yang sekarang ini merupakan Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

Sehingga ke hari ini Haji Hadi masih belum menarik balik amanatnya walaupun banyak perkara telah berlaku kerana amanat itu. Pelbagai masalah telah timbul dan semuanya ditulis didalam buku 'Kafirkah Aku'.

Siapa penulis yang berani membongkar? Beliau merupakan seorang ahli PAS seumur hidup yang ditendang keluar daripada PAS sebab membongkar amanat tersebut. Selain itu beliau juga merupakan antara individu penting yang terlibat dengan Peristiwa Memali 1985 dan Tabung Memali yang terkesan daripada amanat Haji Hadi.

Zainon Ismail atau lebih dikenali sebagai Cikgu Non yang menggunakan nama pena C.N. Al-Afghani, dalam buku terbarunya, KAFIRKAH AKU? menceritakan dengan panjang lebar tentang kesesatan PAS serta kesan-kesan kepada Amanat Haji Hadi yang sangat menyeleweng serta memecahbelahkan umat Islam.

Penulis yang sama jugalah yang sebelum ini telah mendedahkan salahlaku dan penyelewengan terbesar para pemimpin PAS dalam pengurusan Tabung Derma Memali yang sehingga kini, kes berkenaan belum lagi selesai dan penganiayaan yang berterusan dilakukan oleh para pemimpin PAS, khususnya mereka yang berada di Jalan Raja Laut.

Wah. Setelah habis membaca buku tersebut, Keris akan cuba kongsi isi-isi penting kepada pembaca. Semoga Allah buka pintu hati orang-orang PAS supaya tidak terhanyut dengan kuasa politik sehingga menolak perpaduan Islam.

K7L : Mohon dari Cikgu Non untuk Keris kongsikan garapan yang Cikgu bongkarkan..

1 ulasan:

  1. Kalau diteliti perkembangan PAS sejak ditubuhkan,dai statemen pemimpin2nya,memang mereka ujud untuk melemahkan/ Melayu Islam.Telitilah titah ucapam pemimpin PAS.X de langsung kata2 semangat untuk menjulang agama bangsa ke martabad yang lebeh baik.Hanya kutukan dan harapan agar melayu/Umno binasa.Macam selalu didoakan.

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk