16/12/2012

Sukarelawan @BNYouthCyberTeam - Suara Hati @Norfaiz



Oleh : Mohd Faiz

Setiap pagi, antara perkara rutin yang saya lakukan adalah melihat telefon pintar saya. Membaca timeline di Twitter, group message di BBM dan FB updates. Saya yakin kebanyakkan belia malah tidak ketinggalan mereka yang lebih dewasa turut melakukan perkara yang sama.

Perkakasan teknologi maklumat, yuran langganan dan liputan internet yang lebih murah merupakan antara faktor yang meningkatkan penggunaan internet di kalangan rakyat Malaysia terutamanya golongan belia. Pada hari ini, internet semakin mudah untuk diakses apabila kebanyakkan telefon mudah alih menawarkan kemudahan akses internet.

Tidak dapat dinafikan golongan belia merupakan golongan yang paling banyak menggunakan internet terutamanya untuk melayari media sosial. Menurut satu kajian yang dilakukan oleh seorang penyelidik dari UKM terhadap keputusan Pilihanraya Umum ke 12, internet memberikan pengaruh yang besar kepada golongan muda.



Kepercayaan terhadap maklumat yang disampaikan menerusi internet dan rakan-rakan merupakan antara faktor utama yang menyumbang kepada kemenangan Pakatan Rakyat di lima buah negeri. Golongan pengundi penentu pada hari ini merupakan golongan belia.

Belia di Malaysia yang secara puratanya menghabiskan masa selama empat jam melayari internet, terdedah kepada pelbagai informasi yang tiada tapisan. Maklumat yang disajikan di internet terutamanya melalui laman media sosial seperti Facebook, Twitter dan YouTube disebarkan secara bebas di Malaysia.

Menyedari peluang berinteraksi secara terus dengan generasi muda, pihak pembangkang menggunakan platform media sosial untuk menyebarkan propaganda dan maklumat yang tidak tepat mengenai inisiatif kerajaan selain memburuk-burukkan pemimpin yang dipilih oleh rakyat menerusi pilihanraya yang adil dan sah.

Pihak pakatan rakyat tanpa rasa bersalah menggunakan media sosial untuk menyebarkan fitnah dan ideologi-ideologi politik yang bertentangan dengan budaya masyarakat Malaysia.

Sekiranya perkara ini berterusan, golongan muda tentunya akan menerima fakta yang salah dan seterusnya memberikan imej negatif di dalam usaha kerajaan melaksanakan agenda transformasi.

Media Sosial yang menjadi platform penyebaran maklumat yang lebih pantas pada hari ini hendaklah digunakan sebaiknya bagi memastikan golongan muda menerima fakta yang lebih tepat mengenai kerajaan.

Penyebaran maklumat di media sosial tidak akan berjaya sekiranya ianya tidak dilakukan secara berterusan dan tanpa kerjasama pengguna-pengguna media sosial.

Penyebaran maklumat yang tepat di media sosial memerlukan kerjasama daripada para pengamal dan aktivis media sosial yang menyokong dan percaya bahawa kerajaan telah melakukan sesuatu yang betul dan selari dengan kehendak rakyat.

Apa yang dilakukan oleh penggiat media sosial ini adalah secara sukarela. Tidak dinafikan terdapat ramai ‘sukarelawan’ sebegini di alam siber. Mereka menyokong inisiatif kerajaan melalui Blog, Youtube, Twitter dan sebagainya.


Biar pun dengan hanya sekadar ‘Like’ dan ‘Retweet’, ianya mampu mengubah persepsi yang merupakan antara cabaran besar bagi Pilihan Raya Umum ke 13 akan datang.

Mereka ini boleh diklasifikan sebagai ‘Sukarelawan Siber’. Saya yakin, terdapat ramai Sukarelawan Siber di media sosial yang mampu membentuk persepsi yang lebih baik dan positif terhadap pihak kerajaan.


Mungkin usaha ‘kecil’ mereka ini tidak dijulang, akan tetapi sekadar kepuasan melihat kerajaan yang ada pada hari ini terus dikekalkan disamping menolak tohmahan dan fitnah pihak pembangkang.

Sukarelawan-sukarelawan siber yang bergerak secara bersendirian dan tanpa sokongan serta fakta yang cukup perlu dibantu dari masa ke semasa. Koordinasi di dalam penyebaran maklumat yang tepat selain kemahiran dan pengetahuan media sosial adalah amat penting.

Ini adalah bagi memastikan sukarelawan-sukarelawan siber mempunyai kemahiran dan pengetahuan yang secukupnya di dalam menghadapai tohmahan dan fitnah pembangkang yang berleluasa di media sosial.

Pejuang yang tidak didendang ini mampu membantu kerajaan secara berterusan dan tanpa sempadan. Saya yakin, masih ramai lagi sukarelawan siber di media sosial. Biar pun tanpa kehahlian parti, malah tidak cukup umur untuk mengundi, semangat mereka untuk melawan tohmahan dan fitnah pembangkang cukup membanggakan.

Saya berharap agar ramai Sukarelawan Siber tampil membantu pihak Kerajaan di dalam menyampaikan fakta yang lebih tepat.

Sertailah BNYCT hari ini!

K7L : Tahniah kepada bro tersebut..Keris pun rasa macam nak mendaftar..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk