22/12/2012

Episod Tipu Rakyat Berkenaan Air Melalui Risalah? – Ternyata Khalid Gagal Tangani #IsuAirSgor


Drama dan episod untuk terus menipu rakyat berkenaan masalah air Selangor diteruskan bagi menutup kelemahan yang telah digarap oleh Khalid dan Kerajaan Negeri Selangor sendiri. Mereka sanggup berhabis wang untuk mengupah penulis, designer serta mencetak lebih 500,000 keping pamplet berkenaan Isu Air Selangor dan Loji Rawatan Air Langat 2

Ini adalah keratan Pamplet yang diedarkan untuk mengaburi mata rakyat :


Lihat dalam kotak merah melalui gambar di atas. Kerajaan Negeri Selangor ada menyatakan bahawa ‘Pengurangan Non Revenue Water (NRW) sebanyak 10% akan selamatkan 500 juta liter air sehari’. Satu pengakuan yang sangat berani untuk diberikan kepada rakyat.

Mengapa Keris kata begitu? Kegagalan dalam usaha mengurangkan kadar air tidak terhasil (NRW) akan ditujukan kepada pihak SYABAS. Siap tuduh kroni BN lagi. Walhal ada banyak elemen yang disembunyikan daripada rakyat.

Sebenarnya Khalid sendiri yang telah sabotaj rakyat Selangor! Kenapa? Kerana penyumbang kepada kadar pengeluaran air tidak terhasil sehingga 30% datangnya daripada Kerajaan Negeri Selangor sendiri.

Rakyat perlu tahu bahawa Khalid sendiri yang bertindak membekukan serta tidak meluluskan modal buat SYABAS untuk CAPEX. Walaupun Khalid sedar yang mana CAPEX amat diperlukan bagi proses penggantian semula paip-paip lama yang penyebab NRW.

Logik akal, kalau tak tukar paip-paip tersebut, bolehkah kadar NRW diturunkan? Sejak 2008 lagi CAPEX SYABAS tidak mendapat kelulusan, jadi bagaimana nak tukar paip-paip usang sepanjang 6000km.

Kalau dah bekukan mana SYABAS nak pam modal? Ingat tukar paip pakai air liur ke? Sehingga permohonan CAPEX bagi 2012 sehingga 2014 juga tidak mendapat kelulusan walhal Kerajaan Negeri Selangor kerapkali menjadikan isu NRW untuk menutup kelemahan urustadbir air mereka.

Jika baca dengan teliti, risalah tersebut juga menyatakan jika penstrukturan air dilakasanakan, rakyat Selangor tidak akan dibebani hutang dan kerugian syarikat-syarikat konsesi yang menguruskan air.

Jangan tertipu! Kalau nak tahu, selama ini pun jika SYABAS atupun syarikat konsesi air lain mempunyai hutang atau menghadapi sebarang kerugian, sudah tentu syarikat-syarikat konsesi tersebut yang bertanggungjawab menanggung hutang atau kerugian tersebut!

Lihatlah sendiri bagaimana Khalid dan rakan-rakannya cuba untuk memperbodohkan rakyat melalui risalah tersebut. Keris nak beritahu rakyat Selangor khususnya, itu semua merupakan alasan kerajaan negeri dalam usaha mengambil alih syarikat-syarkat konsesi air. Mereka mahu ‘memiliki’ konsesi air supaya rakyat dengan mudah tertipu.

Eh! Kenapa Keris cakap macam itu? Ini kerana jika mereka mengambilalih syarikat-syarikat konsesi air, segala hutang dan kerugian akan dipindah masuk untuk menjadi tanggungan Kerajaan Negeri Selangor sekaligus duit rakyat yang akan dihabiskan untuk penanggungan hutang atau rugi.

Senang mereka nak potong ‘air percuma’ dengan alasan kini wang mereka telah habis untuk air. Setuju atau tidak secara asasnya rakyat Selangor yang akan menjadi mangsa. Nanti kejap! Khalid seorang bekas ahli perniagaan, kalau dah tahu syarikat-syarikat tersebut ada hutang atau rugi, kenapa dia nak ambil? Dari segi penajaan wang, sudah tentu ia tidak boleh memberi manfaat kepada Kerajaan Negeri Selagor. Ada agenda tersembunyi yang melibatkan air?

Lagi satu rungutan Khalid yang kononnya berkeras mahu menstruktur semula air di Selangor dan sanggup menunggu 100 tahun untuk melaksanakannya gagal disebabkan mereka tidak dapat membeli konsesi-konsesi air di Selangor.

Apa yang dia sembunyikan daripada rakyat adalah offer yang diberikan sangat rendah. Mana ada orang nak jual sudu emas dengan harga sudu besi? Kerja mereka ini hanya ingat orang lain bodoh ke? Sampai bila nak terus menipu rakyat?

HAK AIR UNTUK RAKYAT SELANGOR!

Dah tahu mengapa masih berlengah dengan mensabotaj rakyat? Selama ini masalah air semakin meruncing apa yang mereka buat? Keris nampak hanya Press Conference yang tak habis-habis adalah.

Hentikan segala drama dan episode menyalahkan orang lain. Sudahlah isu CAPEX dah kantoi besar masih lagi nak keras kepala? Buat sahaja Loji Rawatan Air Langat 2 cepat! Berhenti tipu rakyat dan sabotaj air!

K7L : Tik tok tik tok..musim kemarau semakin dekat..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk