19/12/2012

Tahniah PEMUDA UMNO Malaysia! #AES Akhirnya Dibekukan Dan Dikaji Semula! @KhairyKJ @razaliibrahim



Tahniah buat PEMUDA UMNO Malaysia. Sekalung tahniah juga buat Kerajaan Malaysi ayang mendengar rintihan suara rakyat. Ini merupakan satu pemberitahuan buat rakyat Malaysia.. Kerajaan Barisan Nasional sering mendengar dan membantu permaslahan yang membabitkan rakyat.

Sangat jauh berbeza jika mahu dibandingkan dengan negeri-negeri yang diperintah oleh pembangkang. Mereka menindas rakyat!

AG: Prosiding kes saman AES dibekukan

SHAH ALAM - Jabatan Peguam Negara mengambil keputusan untuk membekukan kesemua prosiding berkaitan dengan saman kesalahan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES), yang dimulakan sejak dua minggu lalu, sehingga beberapa aspek perundangan dan teknikal diselesaikan.

Satu kenyataan dikeluarkan oleh jabatan itu petang ini menyebut bahawa langkah membekukan prosiding diambil bagi meneliti kesemua isu yang dibangkitkan berkaitan dengan kes saman AES.

Bagaimanapun menurut Jabatan Peguam Negara, saman-saman berkaitan kesalahan AES, yang muncul kontroversi, yang dikeluarkan masih sah.

Kata Jabatan Peguam Negara, ekoran perkara-perkara yang dibangkitkan oleh beberapa pihak berkenaan dengan undang-undang dan aspek teknikal, maka pihaknya memutuskan untuk meneliti segala aspek berkenaan.

"Satu keputusan akan dibuat dalam beberapa hari lagi berkenaan isu-isu yang telah dibangkitkan," kata kenyataan jabatan itu.

Kata kenyataan itu, berkaitan dengan empat saman AES yang dilepas tanpa dibebaskan, Jabatan Peguam Negara akan meneliti semula dan akan mendaftarkan semula saman berkenaan jika memerlukan tindakan pendakwaan.

Sinar Harian Online difahamkan keputusan itu dibuat semalam dan dimaklumkan kepada kesemua pendakwa raya yang mengendalikan kes berkenaan hari ini.

Beberapa mahkamah yang mengendalikan prosiding kes saman AES termasuk di Kuala Lumpur dan Putrajaya telah maklumkan berkenaan dengan keputusan itu dan orang kena saman (OKS) yang hadir mahkamah pagi tadi telah diminta pulang tanpa dikenakan sebarang tindakan susulan.

Laporan media 15 Disember lalu menyebut bahawa lebih 10,000 pemandu telah menjelaskan saman AES dari 274,000 saman yang dikeluarkan sejak sistem itu mula beroperasi 23 September lalu.

Timbalan Ketua Pengarah JPJ, Datuk Ismail Ahmad berkata, jumlah pengguna jalan raya yang menjelaskan saman tersebut masih rendah jika dibandingkan dengan jumlah saman yang dikeluarkan.

Keputusan Jabatan Peguam Negara ini dikeluarkan susulan kenyataan Kempen Anti Saman Ekor (Kase) pagi tadi mendakwa kerajaan telah menarik balik notis saman kesalahan yang dilakukan di bawah penguatkuasaan kamera AES tanpa sebarang penjelasan.

Kase meskipun menyambut baik langkah itu tetapi mendakwa seolah-olah terdapat sesuatu yang cuba disembunyikan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Pengerusi Kase, Datuk Mahfuz Omar berkata, langkah kerajaan itu disambut baik oleh pihaknya, namun kerajaan perlu membuat pengumuman secara rasmi kepada rakyat mengenai perkara itu.

"Di mahkamh hari ini pihak pendakwa tarik balik semua saman, ini mengejutkan semua pihak. Kita memang alukan tindakan itu, tapi kerajaan perlu umum secara rasmi.

"Tanpa penjelasan yang diberikan apabila surat saman diserahkan di mahkamah, ini menimbulkan keraguaan seperti ada sesuatu yang disembunyikan," katanya pada satu sidang media di Kuala Lumpur pagi tadi.

Mengulas lanjut, Mahfuz yang juga Naib Presiden Pas berkata, kerajaan perlu mengumumkan penarikan balik saman serta membatalkan semua saman AES yang telah dikeluarkan.

"Saman yang telah dijelaskan selepas masuk mahkamah mesti dipulangkan semula.

"Saman yang dikeluarkan mesti dibatalkan dan membuat penarikan semula," katanya.

Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (Juham) Dewan Pemuda Pas, Ahmad Zamri As'aad Khuzaimi berkata, hari ini kesemua OKS bagi kes saman AES telah dilepas tanpa dibebaskan, antaranya Mahkamah Majistert Putrajaya telah melepas tanpa membebaskan lima orang.

"Juham dan Kase tidak terkejut dengan tindakan Peguam Negara yang mengarahkan kesemua kes saman AES ditarik balik hari ini.

"Ini kerana peguam-peguam Juham dan Kaser dari awal pendakwaan kes saman AES ini lagi telah membangkitkan bantahan awal kepada mahkamah apabila JPJ telah menyalahi undang-undang kerana menjalankan pendakwaan di mahkamah tanpa menunjukkan surat kebenaran daripada Jabatan Peguam Negara," kata beliau.

Menurut Ahmad Zamri, bantahan awal oleh peguam-peguam Juham dan Kase telah menyebabkan ada kes yang ditangguh dan pihak JPJ telah diminta oleh mahkamah untuk mengemukakan surat kebenaran untuk mendakwa daripada Jabatan Peguam Negara atau kes saman AES tersebut akan dibatalkan.

Justeru, katanya, tindakan Peguam Negara yang mengarahkan kesemua pendakwaan kes saman AES ditangguhkan atas alasan terdapatnya isu undang-undang yang masih belum selesai.

Katanya, ia juga menunjukkan tindakan saman AES dilakukan dengan tergopoh-gopoh.

"Oleh itu, Juham dan Kase menggesa JPJ dan pihak kerajaan memulangkan kembali wang pembayar denda saman AES yang telah dikutip sebelum ini kerana tindakan Peguam Negara yang mengakui bahawa wujudnya kecelaruan undang-undang dalam pelaksanaan saman AES tersebut membuktikan bahawa pendakwaan yang telah dilakukan oleh pihak JPJ sebelum ini jelas adalah salah dan bercanggah dengan undang-undang.

"Akibat daripada itu, kesemua hukuman denda yang dikenakan juga adalah diragui kesahihan dan boleh dicabar di mahkamah," kata beliau lagi. -SH


K7L : Tangguh tak bermakna boleh bawak laju..

1 ulasan:

  1. Bukan kaji semula tapi mahu mengkaji semua
    undang2 berkaitan pendakwaan kes2 AES sebelum
    pendakwaan melalui prosiding mahkamah boleh
    dibuat. Saman2 JPJ berkaitan kesalahan AES
    adalah masih sah. Prosiding berkaitan kes2
    AES dibekukan bukan dibuang.Kena faham
    prosidiur undang2 dulu sebelum membuat komen2
    yg menyimpulkan seakan2 kes2 AES dibuang.
    Kalau nak tahu kes2 berkaitan saman AES yg
    telah didismiss mungkin akan didaftarkan
    semula utk tujuan pendakwaan.

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk