25/12/2012

#TUKAR Buatkan Nik Aziz Menggelabah Pasal Isu Pemberian Tanah?



Jika merujuk kepada kenyataan Nik Aziz melalui SU Akhbar, MB Kelantan yang dipersoalkan tentang tahap kesihatannya telah cuba mengalih perhatian isu ini kepada pihak lain untuk mewajarkan/ menghalalkan usahasama pemberian tanah kepada pihak Upayapadu. Dan seperti biasa akan Menyalahkan BN/UMNO.

Pihak Kerajaan Negeri telah membuat PENGAKUAN bahawa tanah seluas 10,526 hektar terletak di Hutan Simpan Relai, Gua Musang telah diluluskan kepada Yayasan Islam Kelantan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan yang bersidang pada 13 September 2000, bagi mereka adalah bertujuan kononnya untuk menjana pendapatan YIK bagi menampung urusan pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah Yayasan Islam Kelantan.

Pada Disember 2000, Yayasan Islam Kelantan telah bersetuju menawarkan Projek Usahasama memajukan tanah ini kepada sebuah syarikat. DI SINI PIHAK GERAKAN TUKAR INGIN MENDESAK KERAJAAN NEGERI NYATAKAN NAMA SYARIKAT YANG TAWARKAN ITU kerana syarikat tersebut ternyata tidak mampu untuk melaksanakan kerja-kerja memajukan tanah terbabit dan ini menyebabkan Mesyuarat Lembaga Yayasan Islam Kelantan pada 18 Ogos 2004 membuat keputusan agar tawaran projek ladang hutan ini ditarik balik dan dibatalkan.

Gerakan TUKAR melihat modus operandi yang di buat oleh kerajaan PAS Kelantan memperlihatkan Kerajaan PAS begitu terdesak untuk mendapatkan duit segera bagi menampung perbelanjaan jangka pendek.

Dan mereka tidak sedar tindakan ini merugikan rakyat Kelantan. Dalam isu Ini dibuktikan apabila Kerajaan PAS menawarkan kepada syarikat Upayapadu Sdn Bhd (pada masa itu dipengerusikan oleh Dato Seri Wong Yeon Chai) yang dibuat melalui surat Yayasan Islam Kelantan bertarikh 28 Ogos 2005 manakala perjanjian ditandatangani pada 3 Mei 2006.

Ia merupakan usahasama projek melalui konsep pajakan dan perjanjian selama 50 tahun. Ia juga menjana pendapatan YIK melalui kadar sewaan RM100.00 seekar setahun untuk kawasan getah klon dan RM150.00 seekar setahun untuk kawasan kelapa sawit.

Gerakan TUKAR ingin menjelaskan sekali lagi bahawa TANAH DI KELANTAN ADALAH MARUAH RAKYAT KELANTAN DAN JIKA TANAH INI DIGADAI SEDEMIKIAN RUPA BERMAKNA KERAJAAN PAS KELANTAN TELAH MENGGADAIKAN MARUAH RAKYAT.

Dalam isu ini, jika dihitung kira Kerajaan PAS Kelantan rela menjual MARUAH RAKYAT KELANTAN DENGAN HARGA RM 100 seekar setahun untuk tanah getah dan RM150 seekar setahun untuk kelapa sawit. MARUAH RAKYAT KELANTAN CUKUP MURAH BAGI PAS KELANTAN.

Jelas tindakan ini merugikan rakyat Kelantan keseluruhannya.

Kamarudin Kasim
Pengerusi Gerakan TUKAR

K7L : Acu test sepenggal!..

1 ulasan:

  1. Tolak je ULAMATAMAKKKK,kalau pertolongan Iblis/Syaitan pun dia boleh terima SAMA-SAMA kita fikirkan,mungkin ayat itu ada pengaruh IBLIS?Syaitan?

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk