12/02/2018

Gaji Sebulan RM3000 Tetapi Bayar GST RM2160 Setahun?




GAJI RM3,000 SEBULAN BAYAR GST RM2,160 SETAHUN?

Di manakah akal logik #GengIQ41 bernama Mohd Rizal ini? Dengan kiraan (RM3,000 × 12 bulan) × 6% = RM2,160, iaitu RM180.00 sebulan untuk membayar #GST.

Adakah dia menggunakan 100% (keseluruhan) gajinya untuk makan di Pizza Hut atau pun makan KFC? Mungkinkah juga dia membeli Sardin dalam tin dengan keseluruhan gajinya? Dia sekeluarga tidak makan nasi (beras) sepanjang tahun?

Bergaji RM3,000 adalah layak untuk menerima #BR1M. Sedikit kiraan mudah untuk agihkan perbelanjaan orang bergaji RM3,000 (rujuk foto disertakan).

Daripada keseluruhan pecahan tersebut, berapa banyakkah perbelanjaan yang digunakan terlibat dengan GST? Adakah ianya dari keseluruhan gaji RM3,000 sebulan atau hanya sebahagian?

Daripada 8 pecahan, hanya beberapa perkara yang diketahui terlibat dengan GST secara bulanan.

⏺ GST Barang Dapur: (RM400.00 × 50%) x 6% = RM12.00
Keperluan ASAS seperti beras, minyak masak, tepung, barang basah (ikan, ayam, telur, sayur) & beberapa lagi, TIADA GST. Jika membeli produk makanan dalam tin barulah dikenakan GST (rujuk foto disertakan). Sy andaikan separuh kita dibelanjakan untuk produk makanan berGST. Jika dikira dari keseluruhan RM400 sekali pun, jumlahnya RM24.00 sebulan.

⏺ GST Bil Utiliti: (RM200.00 × 50%) x 6% = RM6.00
200 unit pertama Elektrik & 35 M3 air TIADA GST. Semenjak dari zaman 1970an lagi kita telah dikenakan SST. GST dilaksanakan dengan memberi diskaun untuk 200 unit (elektrik) & 35 M3 (air) dari sebelumnya untuk meringankan bebanan. Adakah GST buruk?

⏺ GST Barangan lain-lain: RM300 × 6% = RM18.00
Barangan seperti pakaian, makan di restoran atau lain-lain.

#TahukahAnda: GST bukan Cukai Baharu, hanya sistem sahaja yang diperbaharui untuk lebih efisien & lebih telus dalam transaksi? Sewaktu zaman SST, 6% dikenakan ke atas jumlah keseluruhan bil jika membeli barangan di Hypermarket. Apabila GST dilaksanakan, ada beberapa barangan yang tidak dikenakan GST.

Dianggarkan TIGA (3) perkara (ASAS) ini yang terlibat dengan GST berjumlah RM36.00 sebulan (RM432 setahun). Dengan subsidi bersasar (BR1M) RM1,200 setahun, ditolak RM432.00 masih berbaki RM768.00.

Apakah baki BR1M sebanyak RM768.00 setahun tidak mencukupi untuk membayar perkara lain yang bersangkut paut dengan GST berjumlah RM12,800 (× 6%) = RM768.00? Dengan agihan perbelanjaan (seperti di foto), apakah masih tidak cukup untuk tampung Kos Sara Hidup?

Di manakah yang dikatakan kerajaan membebankan rakyat dengan GST? Apakah #KosGayaHidup masih menjadi isu berbanding #KosSaraHidup? Buatlah kira-kira perbelanjaan sendiri dahulu (#Tabbayun sebelum #TibaiYun).

Utamakanlah keluarga, maka akan jimatlah perbelanjaan bulanan kita. Kurang-kurangkanlah melepak Kedai Mamak atau seumpamanya, pasti menjimatkan. Jika utamakan keluarga, mungkin hanya RM36.00 GST sebulan berbanding RM180.00 sebulan yang dibelanjakan oleh Rizal ini yang #BangangAbadi lagak bak ORANG KAYA makan di Pizza Hut atau KFC setiap hari tanpa makan nasi setahun. 😀

Sumber : FB

K7L : Tapi orang tetap tak mahu faham.. nak mewah tapi tak mahu jimat..  

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk