26/02/2018

Srikandi PPBM Rela Dipecat Sebab Tak Puas Hati Dengan Pucuk Pimpinan?



"Saya tidak kisah dipecat kerana berani menyuarakan pendapat terhadap parti," kata Ketua Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Kota Bharu, Normala Abdul Kadir.

Normala berkata, susulan kritikan terhadap parti itu baru-baru ini, dia dan ahli jawatankuasanya menerima kecaman daripada pelbagai pihak di dalam parti itu termasuk dituduh sebagai tali barut dan dedak UMNO untuk memburukkan parti.

"Mereka ini langsung tidak boleh dikritik, ditegur dan diberi pandangan secara langsung. Mereka kata negara demokrasi dan apabila bersuara, kita dikatakan tali barut pula.

"Selain itu, saya bersedia letak jawatan sekiranya masih tiada perubahan dalam parti," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Beliau berkata, sepanjang tiga tahun bersama PPBM, dia bersama ahli jawatankuasa terpaksa mengeluarkan modal sendiri untuk menjalankan program untuk parti walaupun dalam keadaan kos sara hidup yang tinggi.

"Srikandi di bahagian lain turut menyuarakan rasa tidak puas hati apabila terpaksa keluarkan belanja sendiri, sedangkan pihak atasan yang tubuhkan parti adalah jutawan.

"Sepatutnya sebagai pemimpin, mereka perlu keluarkan dana untuk membantu rakyat. Lihat saja di Kota Bharu, tiada bendera PPBM berbanding Parti Amanah Negara (PAN) dan PAS," katanya.

Normala berkata, dia melihat PPBM sudah lari daripada matlamat asal dalam perjuangannya untuk membantu rakyat.

"Dulu mereka kata mahu kembalikan hak rakyat tetapi saya nampak matlamat itu semakin kabur. Adakah mereka mahu perjuangkan rakyat atau menjaga kepentingan tertentu saja selepas memperoleh kuasa nanti.

"Oleh itu, saya minta kepimpinan parti kembali kepada perjuangan asal untuk membantu masyarakat marhaen" katanya.

Akhbar sebelum ini melaporkan, Normala bersama Naib Ketua PPBM Bahagian Kota Bharu, Mohd Nor Hashim Che Min mengadakan sidang media berikutan sayap kepimpinan PPBM Kota Bharu hilang kepercayaan terhadap parti itu terutama dalam isu pengagihan kerusi menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Ok Keris buat kesimpulan pasal kisah di atas :

1. Mereka yang tak puas hati mesti sebab tak dapat Kerusi. Merasakan PPBM patut dapat lebih kerusi. 

2. Mereka tak puas hati sebab kena tunggu derma atau keluarkan duit sendiri walhal mereka tahu Pemimpin mereka kaya raya. 

3. PPBM memang dipenuhi dengan mereka yang gila kuasa dan tak pandai politik.

K7L : Sekian..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk