08/02/2018

@IshamJalil @CQ_Rain Cukai Naik 400%! Selangor Makin Menggila?




Sumber gambar : @IshamJalil



1. Benar saya seorang ahli politik (kecil) namun saya tidak meletakkan diri sebagai orang politik sebaliknya sebagai rakyat biasa yang membayar cukai taksir, cukai pintu dan sebagainya dalam melihat perkara ini.

2. Jujur, memang ada kenaikan, walaupun tidak menyeluruh, namun ada kawasan-kawasan yang mana kenaikan berlaku. Dalam perihal berita yang dilaporkan oleh Berita Harian Online & Sinar Harian, ada beberapa penduduk dari Taman Seri Medan Jaya, Taman Pahlawan, Taman Nakhoda dan Taman Dato Hormat 2 yang tampil menyatakan ada kenaikan dari 100 hinggalah 400 peratus.

3. Ada penduduk yang hadir persoalkan formula apakah yang dipakai menjadikan perbezaan tidak sekata.

4. Ada penduduk yang datang marah kerana kenaikan tidak setimpal dengan perkhidmatan majlis terutama berkaitan soal sampah sarap, rumput, longkang saliran pengairan dan sebagainya.

5. Dan ada penduduk yang mengadu terima notis lewat yakni setelah tempoh bantahan tamat baharulah mereka terima notis pembayaran cukai.

6. Aduan-aduan inilah yang menyebabkan mereka tidak tahan selain kenaikan yang berlaku.

7. Apa pun, kenaikan cukai ini adalah benar dan bukanlah fitnah yang sengaja direka bagi meraih kepentingan politik. Jika tidak, masakan hansard Dewan Undangan Negeri sewaktu pembentangan Belanjawan 2018 Selangor disebut dengan jelas oleh menteri besar bahawa setakat 31 Oktober 2017, hasil perolehan negeri melalui cukai mencatatkan kutipan sebanyak RM 625.77 juta (99.44 peratus), hasil bukan cukai mencatatkan RM 1.67 bilion (97.73 peratus) dan terimaan bukan hasil berjumlah RM 206.63 juta (97.62 peratus) menjadikan jumlah perolehan keseluruhan sebanyak RM2.5 bilion?

8. Kita lebih bimbang kerana menteri besar turut menyasarkan perolehan 2018 sebanyak RM2.25 bilion dengan sebahagian besarnya adalah dari cukai taksir disebut terdahulu termasuklah cukai-cukai berkenaan hasil tanah dan hartanah.

9. Dan lebih kita bimbang kerana belanjawan itu meletakkan sejumlah RM3.12 bilion sebagai perbelanjaan keseluruhan mentadbir, mengurus dan menyelenggara negeri Selangor yang bersifat defisit.

10. Persoalannya, adakah kita sebagai rakyat Selangor sedar ke mana perginya cukai-cukai negeri yang kita bayar ini digunakan sepenuhnya sedangkan banyak perkara berkenaan keselesaan kita sebagai penduduk negeri Selangor masih dipertikaikan?

Wallahualam.


Sumber : Jefrizal Jaafar




K7L : MDKL Berani bersemuka dengan rakyat Kuala Langat?..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk