04/02/2018

PAN Tuduh PKR Selangor Pujuk PAS Untuk Kekal Berkuasa?


Sumber : 1Peluru

PKR menafikan tuduhan oleh PAN bahawa parti itu masih cuba memujuk PAS untuk mewujudkan kerjasama politik menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Timbalan Presidennya, Mohamed Azmin Ali, berkata tuduhan Pengarah Komunikasi PAN Selangor, Jamzuri Ardani terhadap parti itu, bahawa terdapat rundingan antara PKR dan PAS dibuat tanpa fakta kukuh.

"Tidak mengapa, itu pandangan (beliau). Saya harap kenyataan yang hendak dibuat itu biarlah berasas, tidak boleh keluar kenyataan tanpa asas.

"Adalah tidak sepatutnya berlaku apabila mana-mana individu cuba memperlekehkan parti lain," katanya selepas menghadiri Majlis Perhimpunan Bulanan Kakitangan Kerajaan Selangor di Dewan Jubli Perak Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini, hari ini.

Sebelum ini, Jamzuri dilaporkan berkata, Pakatan Harapan (PH) Selangor masih gagal mengadakan rundingan pengagihan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor pada PRU-14.

Beliau turut mendakwa keadaan itu akan berterusan kerana PKR masih berusaha mendapatkan sokongan PAS, termasuk mempercayai PH akan gagal tanpa bantuan PAS.

Mengulas lanjut, Mohamed Azmin yang juga Menteri Besar Selangor berkata, perbincangan berhubung pengagihan kerusi DUN antara PKR, DAP, PAN dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) masih berjalan.

"Kenapa perlu tumpu pembahagian kerusi DUN Selangor saja. Seluruh negara belum selesai bincang. Walaupun peringkat kerusi Parlimen sudah selesai, tetapi ia masih ada perbincangan untuk memastikan kemenangan PH.

"Faktor kemenangan kerusi adalah lebih penting daripada menetapkan tempoh tertentu untuk selesaikan pembahagian kerusi," katanya.

Ditanya sama ada beliau kekal bertanding kerusi Parlimen Gombak dan DUN Bukit Antarabangsa, Mohamed Azmin berkata, perkara itu akan diputuskan dalam mesyuarat kepemimpinan PH.

K7L : PKR pun tahu selam ini mereka menang sebab undi PAS...

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk